Home Pasaran Bursa Malaysia Alami Prestasi Rendah Ketika Awal Dagangan Hari Terakhir 2024
Pasaran

Bursa Malaysia Alami Prestasi Rendah Ketika Awal Dagangan Hari Terakhir 2024

Bursa Malaysia Alami Prestasi Rendah Ketika Awal Dagangan Hari Terakhir 2024

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Livevartha) — Indeks utama Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pada Selasa namun, berubah arah mengalami penurunan selepas itu, menjejaki prestasi lemah semalaman Wall Street.

Pada pukul 9.03 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.39 mata kepada 1,637.29 daripada 1,637.68 ketika ditutup semalam.

Indeks itu dibuka 0.75 mata lebih tinggi kepada 1,638.43.

Sentimen pasaran adalah negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 154 berbanding 93 manakala 292 kaunter kekal tidak berubah, 1,850 kaunter tidak diniagakan, dan 43 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 117.88 juta unit bernilai RM39.74 juta.

Menurut Rakuten Trade Sdn Bhd, Wall Street ditutup rendah ketika sesi dagangan tidak menentu pada Isnin berikutan pengambilan untung selepas ekuiti Amerika Syarikat (AS) mencatatkan prestasi cemerlang bagi 2024.

Firma pembrokeran itu juga mendapati berlakunya aktiviti pembelian semasa harga murah berterusan ke atas kaunter-kaunter yang membentuk FBM KLCI.

‘Walaupun aliran keluar asing berlaku namun, jumlahnya tidak menjejaskan pasaran.

“Memandangkan indeks itu dapat melepasi paras 1,630 kami menjangkakan indeks berpotensi menyasarkan 1,650 dan berlegar dalam julat 1,635 hingga 1,650 hari ini, dengan harapan menutup tempoh 2024 dengan prestasi tinggi,” tambahnya dalam nota penyelidikan.

Related Articles

Bursa Malaysia Meningkat Didorong Minat Belian Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Didorong Minat Belian Sederhana

KUALA LUMPUR, 23 Mei(Livevartha) — Bursa Malaysia menyaksikan dagangan lebih tinggi pada...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Susulan Kekukuhan Indeks Dolar
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Susulan Kekukuhan Indeks Dolar

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 22 Mei(Livevartha) –Ringgit ditutup rendah...

Jualan Singkat Intra Hari Bagi Menggantung Saham MSM Malaysia
Pasaran

Jualan Singkat Intra Hari Bagi Menggantung Saham MSM Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Livevartha) — Dagangan jualan singkatintra hari (IDSS) untuk...

Harga Minyak Dijangka Kekal Tinggi Sekitar US Setong Didorong Risiko Geopolitik
Pasaran

Harga Minyak Dijangka Kekal Tinggi Sekitar US$65 Setong Didorong Risiko Geopolitik

Gambar fail Livevartha KUALA LUMPUR, 21 Mei(Livevartha) –Harga minyak dijangka kekal tinggi...