Home Pasaran Bursa Malaysia Akhiri Minggu Dagangan Krismas Dengan Sentimen Positif
Pasaran

Bursa Malaysia Akhiri Minggu Dagangan Krismas Dengan Sentimen Positif

Bursa Malaysia Akhiri Minggu Dagangan Krismas Dengan Sentimen Positif

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Livevartha) — Bursa Malaysia terus mencatat momentum meningkat untuk hari keempat berturut-turut pada Jumaat, mengakhiri minggu dagangan Krismas dengan sentimen positif, didorong oleh aktiviti memperelokkan akaun dan unjuran pertumbuhan yang kukuh, kata penganalisis.

Dalam kalangan kaunter komponen indeks, saham utiliti menerajui kaunter untung, dipacu oleh pengumumanTenaga Nasional Bhdmengenai cadangan perubahan tarif untuk Semenanjung Malaysia.

Pada 5 petang, indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 14.44 mata atau 0.89 peratus kepada 1,628.14 daripada 1,613.70 semalam.

Penanda aras pasaran itu dibuka tinggi 3.86 mata kepada 1,617.56 dan bergerak kepada paras terendah harian pada 1,616.69 selepas sesi pagi sebelum mencapai paras tertinggi pada 1,632.63.

Suasana pasaran juga positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 617 berbanding 420 manakala 540 kaunter kekal tidak berubah, 845 tidak diniagakan dan 40 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 2.87 bilion unit bernilai RM2.08 bilion daripada 2.47 bilion unit bernilai RM1.87 bilion semalam.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI berjaya melepasi paras halangan pada 1,620.

“FBM KLCI menunjukkan tanda-tanda peningkatan semula apabila harga bergerak melepasi purata pergerakan eksponen (EMA) utama, disokong oleh persilangan pada indikatorpenumpuan/perbezaan purata bergerak (MACD) yang positif.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...