Home Pasaran Bursa Dibuka Dengan Catat Sedikit Perubahan Pada Jumaat
Pasaran

Bursa Dibuka Dengan Catat Sedikit Perubahan Pada Jumaat

Bursa Dibuka Dengan Catat Sedikit Perubahan Pada Jumaat

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit hari ini dalam dagangan tidak menentu berikutan sentimen bercampur-campur di Wall Street selepas pendapatan korporat menunjukkan prestasi yang berbeza-beza, kata penganalisis.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.3 mata kepada 1,632.53 daripada 1,632.23 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka 0.79 mata kepada 1,633.02.

Suasana pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 180 berbanding 145 manakala 299 kaunter tidak berubah, 1,878 tidak diniagakan dan 31 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 249.69 juta unit bernilai RM99.39 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkata saham Asia ditutup kebanyakannya rendah semalam, didorong oleh jualan ekuiti global yang mempunyai kaitan dengan peningkatan hasil Perbendaharaan AS.

“Ia turut menyebabkan FBM KLCI ditutup rendah pada Khamis. Kami percaya ini memberikan peluang belian kepada mereka yang mencari saham pada harga rendah.

“Berdasarkan indeks hampir kepada paras lebihan jualan, kami menjangka belian saham pada harga rendah dan mengunjurkan peningkatan semula, dengan indeks berada antara 1,630 hingga 1,640 hari ini,”katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...