Home Pasaran Bursa Dibuka Dengan Catat Sedikit Perubahan Dalam Sentimen Pasaran Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Dibuka Dengan Catat Sedikit Perubahan Dalam Sentimen Pasaran Bercampur-campur

Bursa Dibuka Dengan Catat Sedikit Perubahan Dalam Sentimen Pasaran Bercampur-campur

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka dengan mencatat sedikit perubahan hari ini dalam dagangan yang tidak menentu, di tengah-tengah sentimen bercampur-campur di Wall Street menjelang pengumuman data ekonomi utama Amerika Syarikat (AS) yang dijangka pada lewat minggu ini.

Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks itu dibuka 0.01 mata lebih tinggi kepada 1,606.97.

Sentimen pasaran adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 177 berbanding 101 manakala 282 kaunter tidak berubah, 1,851 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 239.12 juta unit bernilai RM63.72 juta.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd Kenny Yee berkata, FBM KLCI pada akhirnya berjaya melepasi paras 1,600 selepas beberapa percubaan semasa dagangan semalam, yang menunjukkan jualan asing mungkin semakin berkurangan.

Walaupun masih berwaspada sama ada peningkatan itu akan berterusan, beliau menjangka indeks akan kekal dalam julat 1,605-1,615 hari ini.

"Selain itu, perkembangan politik di Korea Selatan mungkin memberi kesan yang meluas di seluruh rantau ini," katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...