Home Pasaran Belian Lewat Dorong Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian
Pasaran

Belian Lewat Dorong Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

Belian Lewat Dorong Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 18 Feb(Livevartha) — Indeks utama Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Selasa, didorong oleh belian lewat dalam saham wajaran tinggi dan sejajar dengan kebanyakan pasaran serantau.

Pada 5 petang,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.08 mata kepada 1,584.84 daripada 1,582.76 semalam.

Indeks petunjuk pasaran, yang dibuka rendah 2.54 mata kepada 1,580.22,kemudiannya mencecah paras terendah pada 1,575.68 pada sesi awal sebelum belian lewat mendorongnya kepada zon positif.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 643 berbanding 397 manakala 477 kaunter tidak berubah, 808 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.61bilion unit bernilai RM2.64bilion daripada 3.27 bilion unit bernilai RM2.40bilion semalam.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI ditutup dengan sedikit perubahan berikutan pelabur kekal fokus kepada data ekonomi dan perkembangan dasar di bawah Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, kedua-duanya boleh mempengaruhi keputusan bank pusat yang akan datang.

“Bagaimanapun, tarif timbal balas yang dicadangkan oleh Trump dijangka memberikan sokongan terhadap penurunan,” katanya kepada Livevartha.

Di peringkat serantau, Nikkei 225 Jepun naik 0.25peratus kepada39,270.40, Indeks Straits Times Singapura meningkat 0.53peratus kepada 3,925.56, Kospi Korea Selatan melonjak 0.63peratus kepada 2,626.81,Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 1.59 peratus kepada 22,976.81 manakala Indeks Komposit Shanghai China merosot 0.93 peratus kepada 3,324.49.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...