Home Pasaran Belian Ketara Saham Terpilih Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Tengah Hari
Pasaran

Belian Ketara Saham Terpilih Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Tengah Hari

Belian Ketara Saham Terpilih Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Livevartha) –Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini dengan lebih tinggi, didorong oleh aktiviti belian ketara saham wajaran tinggi terpilih, seiring dengan momentum positif di peringkat pasaran serantau.

Pada12.30 tengah hari, indeksFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.42 peratus atau6.49 mata kepada 1,543.29 daripada paras penutup pada 1,536.80, semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka susut 0.24 mata pada 1,536.56 yang juga paras terendah pada sesi pagi ini sebelum melantun keparas tertinggi intra harian pada 1,543.29.

Sentimen secara amnya adalahadalah positifdengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu454 berbanding 355 manakala 424 kaunter tidak berubah, 1,102 tidak didagangkan dan sembilan digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 1.61 bilion saham bernilai RM1.01 bilion.

Naib Presiden Ekuiti Rakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkata Wall Street mencatat aliran lebih rendah menjelang mesyuarat dasar Rizab Persekutuan AS serta kenyataan media pasca mesyuarat itu oleh Pengerusi Jerome Powell, lewat hari ini.

"Harga minyak mentah pula semakin positifsusulan jangkaan pengeluaran minyak mentah berkemungkinan memuncak lebih awal,” katanya.

Berikutan itu, hargaminyak mentah Brent meningkat kepada lebihUS$62 setong.

Saham wajaran tinggi menyaksikanMaybank naik satu sen kepada RM9.97, Tenaga Nasional menokok 14 sen kepada RM14.20, Public Bank tidak berubah kepada RM4.47manakala CIMB turun dua sen kepada RM6.88 dan IHH Healthcare turun satu sen kepada RM6.99.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...