Home Pasaran Aktiviti Buru Saham Pacu Kenaikan FBM KLCI, Jejak Prestasi Serantau Dan Wall Street
Pasaran

Aktiviti Buru Saham Pacu Kenaikan FBM KLCI, Jejak Prestasi Serantau Dan Wall Street

Aktiviti Buru Saham Pacu Kenaikan FBM KLCI, Jejak Prestasi Serantau Dan Wall Street

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 7 Jan(Livevartha)– Indeks petunjuk utamaFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kembali bangkit pada akhir dagangan Selasa berbanding penyusutan semalam, didorong oleh aktiviti memburu saham berharga rendah di tengah-tengah momentum positif semalaman Wall Street dan prestasi pasaran serantau.

Padajam 5 petang, indeks penanda aras itu menokok 4.32 mata atau 0.26 peratus kepada 1,629.79 berbanding penutupan semalampada paras 1,625.47.

Indeks itu dibuka susut 0.97 mata pada 1,624.50 dan bergerak dalam julat 1,624.50 hingga 1,634.27 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Namun, pasaran meluas adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 614 berbanding 490manakala 537 kaunter lain tidak berubah, 712 tidak didagangkan dan 10 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan meningkatkepada 3.91 bilion unit bernilai RM3.29 bilion daripada 3.47 bilion unit bernilai RM2.66 bilion pada Isnin.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata keyakinan dalam pasaran tempatan itu turut dipacu oleh pemeteraian perjanjianZon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) oleh pemimpin Malaysia dan Singapura pada pagi ini.

Selain itu, beliau berkata pasaran tempatan dan serantau juga dijangka kekal memberangsangkan susulan pengumuman bank pusatPeople's Bank of China’s (PBOC) mengenai hasratnya melaksanakan dasar monetari lebih longgar dalam 2025.

Di peringkat pasaran tempatan dalam kalangan komponen FBM KLCI yang dijangka meraih manfaat daripada JS-SEZ, adalah sektor pembinaan, hartanah dan utiliti yang turut mendahului kenaikan.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...