Home Pasaran Aktiviti Belian Sederhana Dorong Bursa Malaysia Kekal Meningkat Pada Tengah Hari
Pasaran

Aktiviti Belian Sederhana Dorong Bursa Malaysia Kekal Meningkat Pada Tengah Hari

Aktiviti Belian Sederhana Dorong Bursa Malaysia Kekal Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Livevartha) — Dagangan di Bursa Malaysia terus meningkat pada tengah hari Rabu, disokong oleh minat belian sederhana terhadap saham-saham wajaran tinggi dan seiring prestasi pasaran serantau, kata penganalisis.

Pada 12.30 tengah hari, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.33 mata atau 0.08 peratus kepada1,643.87 daripada paras 1,642.54 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 1.67 mata kepada 1,644.21.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 464 berbanding 451 manakala 480 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,108 tidak diniagakan dan 15 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak2.02 bilion unit bernilaiRM1.25 bilion.

Firma pembrokeran Malacca Securities Sdn Bhd berkata prestasi semalamanWall Street bercampur-campur susulan ketidaktentuan menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) serta musim pelaporan pendapatan korporat ketika ini.

Di samping itu, peningkatan hasil Perbendaharaan AS yang sering memaparkan dasar monetari lebih ketat, hanya mengurangkan lagi kemungkinan penurunan kadar faedah.

Di peringkat tempatan, firma pembrokeran itu menjangkakan pelabur berkemungkinan beralih kepadasektor berorientasikan eksport seperti sarung tangan dan teknologi.

“Selain itu, peningkatan semula harga minyak mentah dan minyak sawit mentah hanya akan menarik peniaga kepada sektor minyak dan gas serta perladangan.

Related Articles

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...