Home Pasaran Aktiviti Belian Pacu Bursa Malaysia Naik 20.68 Mata Pada Tengah Hari
Pasaran

Aktiviti Belian Pacu Bursa Malaysia Naik 20.68 Mata Pada Tengah Hari

Aktiviti Belian Pacu Bursa Malaysia Naik 20.68 Mata Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 April (Livevartha)– Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Isnin dengan lebih mengukuh, didorong oleh minat belian baharu yang ketara dan merentasi papan indeks dengan kenaikan diterajui oleh saham-saham wajaran tinggi produk industri, kewangan dan telekomunikasi.

Pada 12.30 tengah hari ini, indeks petunjuk utamaFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 20.68 mata atau 1.42 peratus kepada1,475.44 daripada 1,454.76 pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Indeks penanda aras itu dibuka naik 19.29 kepada 1,474.05mata pada bergerak dalam julat 1,472.14 hingga1,479.03 sepanjang sesi dagangan pagi ini.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu667 berbanding 243 dengan346 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,127 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak1.93 bilion saham bernilai RM1.05 bilion.

Firma pembrokeran Malacca Securities Sdn Bhd berkata peniaga akan mengikuti rapat lawatan negara olehPresidenXi Jinping ke Malaysia pada 15-17 April, 2025, di tengah-tengah harapan peningkatan aliran masuk pelaburan ke negara ini.

“Selain itu, kami juga percaya pengeluar sarung tangan Malaysia akan mendapat manfaat daripada perbezaan tarif yang dikenakan ke atas pengeluar China. Ini disertakan pula dengan kos bahan mentah lebih rendah yang akan menyuntik permintaan dan pertumbuhan margin lebih kukuh.

“Di peringkat teknologi, pembatalan kekangan eksport ke atas cip AI H20 NVIDIA ke China, berkemungkinan memberi kelegaan sementara kepada pembekal rantaian pusat data. Ini berikutan laporan mengenai kemungkinan tarif lebih khusus ke atas semikonduktor China yang boleh menjadikan sentimen pasaran goyah dalam masa terdekat,” katanya dalam nota penyelidikannya, hari ini.

Dalam pada itu di peringkat tempatan, saham wajaran tinggiMaybankdan Tenaga Nasional meraih 8.0 sen masing-masing kepada RM9.90 dan RM13.30,CIMB Group menokok 7.0 sen kepadaRM6.72 manakala Public Bank naik 6.0 sen kepada RM4.30.

Related Articles

Niaga Hadapan Emas Ditutup Sedikit Tinggi
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Sedikit Tinggi

Gambar Fail Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 24 April(Livevartha) — Kontrak...

Bursa Malaysia Teruskan Aliran Meningkat Dipacu Sentimen Positif Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Teruskan Aliran Meningkat Dipacu Sentimen Positif Pasaran

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 April(Livevartha) –Bursa Malaysia meneruskan...

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Ketika Harga Minyak Mentah Stabil
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Ketika Harga Minyak Mentah Stabil

Oleh Rosemarie Khoo KUALA LUMPUR, 24 April (Livevartha) — Pasaran getah Malaysia...

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) –Bursa Malaysia...