Home Pasaran Aktiviti Belian Kukuh Saham Wajaran Tinggi Bantu Lonjakkan Bursa Malaysia
Pasaran

Aktiviti Belian Kukuh Saham Wajaran Tinggi Bantu Lonjakkan Bursa Malaysia

Aktiviti Belian Kukuh Saham Wajaran Tinggi Bantu Lonjakkan Bursa Malaysia

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 7 Mei(Livevartha) — Aktiviti pembelianberterusan sahamtelekomunikasi dan media terpilih serta kaunter utilitimelonjakkanBursa Malaysia untuk ditutup pada paras intra hari tertingginya hari ini sejajar dengan momentum positif merentas pasaran serantau, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik0.85 peratus, atau 13.10 mata, kepada 1,549.90 daripada paras penutup1,536.80 pada Selasa.

Celcomdigi dan YTL Corp merupakan penyumbang utama kepada peningkatan indeks petunjuk pasaran itu, masing-masing meningkat 12 sen kepada RM3.91 dan 11 SEN kepada RM2.05, dengan gabungan sebanyak 4.50 mata.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun0.24 mata kepada1,536.56, paras terendah hari ini, sebelum meningkat semula bagi tempoh berbaki untuk ditutup tinggi hari ini.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 595 berbanding378, manakala 477 kaunter tidak berubah, 885 tidak diniagakan, dan sembilan digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada2.84 bilion unit bernilai RM2.43.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkata indeks utama serantau ditutup tinggi selepas pentadbiranPresiden AS Donald Trump mengesahkan pegawai tertinggi ASakan bertemu rakan sejawatan mereka dari China pada hujung minggu ini untuk membincangkan isu perdagangan.

"Kami percaya perbincangan ini boleh menjadilangkah penting ke arah meredakan ketegangan perdagangan. Bursa tempatan pulih semula selepas mencatatkan dua sesi rendah, disokong oleh sentimen pelabur yang bertambah baik dan peningkatan pembelian asing yang didorong oleh penilaian yang menarik.

Related Articles

Bursa Malaysia Diunjur Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan Dengan Cenderung Meningkat
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan Dengan Cenderung Meningkat

Oleh Anas Abu Hassan and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 28...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 28 Jun (Livevartha)...

Ringgit Teruskan Momentum Mengukuh Ketika Trump Perhebat Tekanan Ke Atas Fed
Pasaran

Ringgit Teruskan Momentum Mengukuh Ketika Trump Perhebat Tekanan Ke Atas Fed

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 26 Jun(Livevartha) —...

Bursa Malaysia Diunjur Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan Dengan Cenderung Meningkat
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Kukuh Dipacu Sentimen Pasaran Yang Meningkat

Oleh Anas Abu Hassan and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 26...