Home Pasaran Aktiviti Beli Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini
Pasaran

Aktiviti Beli Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

Aktiviti Beli Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — -Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini apabila aktiviti belian saham pada harga rendah berlaku selepas penurunan selama dua hari walaupun semalaman Wall Street yang lemah.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks barometer dibuka tinggi2.25 mata kepada 1,579.92.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 150 berbanding 144 dengan 275 kaunter tidak berubah, 1,783 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 241.01 juta saham bernilai RM86.37 juta.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd Kenny Yee Shen Pin berkata Wall Street merosot selepas jangkaan daripada peruncit utama Amerika Syarikat (AS), Walmart dengan kebimbangan terhadap prospek ekonomi AS mempengaruhi sentimen.

Akibatnya, hasil Perbendaharaan 10 tahun AS jatuh kepada 4.507 peratus, katanya.

“Di peringkat tempatan, FBM KLCI kekal di bawah tekanan, ditutup di bawah paras 1,580. Indeks itu menurun sejak minggu lepas daripada paras 1,600.

“Oleh itu, kami percaya aktiviti belian semasa harga murah akan muncul tidak lama lagi. Hari ini, kami menjangkakan indeks bergerak dalam julat 1,575-1,585,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...