Home Pasaran Aktiviti Ambil Untung, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Aktiviti Ambil Untung, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

Aktiviti Ambil Untung, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Livevartha) — Dagangan Bursa Malaysia kekal mendatar setakat tengah hari Selasa berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan, terutamanyamembabitkan saham-saham perladangan dan tenaga, kata penganalisis.

Pada12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)susut sebanyak 5.88 mataatau 0.38 peratus kepada 1,514.83 daripada 1,519.99 pada akhir dagangan semalam.

Indeks itu dibuka susut 1.17 mata pada 1,518.82dan seterusnya bergerak dalam julat 1,510.92 hingga 1,520.89 sepanjang dagangan pagi ini.

Pasaran secara meluas menyaksikan sentimen negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 462 berbanding 284manakala 455 kaunter tidak berubah, 1,215 tidak diniagakan dan 22 digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 2.01 bilion saham bernilai RM947.77 juta.

Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menerusi nota penyelidikannya berkata sentimen dijangka kekal berhati-hati, diasak ketidaktentuan membabitkan berkaitan perjanjian tarif Amerika Syarikat (AS)-Malaysia serta prestasi pasaran yang lazimnya susut pada Jun.

Risiko lain adalahpotensi tekanan dasar susulan pelaksanaan penyasaran subsidi bahan api pada separuh kedua 2025 (2H25) dan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mulai 1 Julai — kedua-duanya berkemungkinan menjejaskan perbelanjaan pengguna dan mencetuskan ketidaktentuan terhadap unjuran pendapatan korporat.

Bagaimanapun,risiko penurunan itu berkemungkinan dapat diimbangi pengukuhan ringgit berbanding dolar ASyang telah meningkat sebanyak 5.3 peratus setakat tahun ini danberpotensi menyokong aliran masuk dana asing serta mengurangkan kos import.

“Selain itu, pemangkin berasaskan dasar seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ)dan Rancangan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030)juga dilihat mampu menyokong pasaran tempatan,” katanya.

Related Articles

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 30 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 30 Jun(Livevartha) — Ringgit ditutup...