Home Ekonomi Two Offshore Marine, PT Limin Marine Bekerjasama Perluas Operasi Di Asia Tenggara
Ekonomi

Two Offshore Marine, PT Limin Marine Bekerjasama Perluas Operasi Di Asia Tenggara

Two Offshore Marine, PT Limin Marine Bekerjasama Perluas Operasi Di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Livevartha)– Syarikat perkapalan global yang berpangkalan di MalaysiaTwo Offshore Marine Sdn Bhd mengumumkan pengembangan operasinya di Asia Tenggara menerusi kerjasama strategik dengan pemilik dan pengendali kapal luar pesisir marin yang berpangkalan di Indonesia,PT Limin Marine & Offshore.

Kerjasama itu dimeterai secara rasmi oleh Pengarah OperasiTwo OffshoreKu Mohd Ashraff Ku Yaacob dan Presiden merangkap PengarahPT Limin Marine & OffshoreErick Limin serta Pengarah OperasiRoni Tan dalam satu majlis diHabitare Tower, Jakarta, Indonesia, pada 8 Ogos, 2024.

Ku Mohd Ashraff berkata kerjasama itu akan meningkatkan keupayaan kedua-dua syarikat dalam sektor marin dan luar pesisir, mengukuhkan operasidan membuka ruang pengembangan mereka selanjutnya di rantau ASEAN.

"Ia turut membolehkan kami memanfaatkan aset, keupayaan, dan jaringan rakan kerjasama kami dalam menyediakan kapal moden yang berspesifkasi tinggi kepada pelanggan kami.

"Kerjasamaini juga menandakan lembaran baharu untuk kedua-dua syarikat, meningkatkan keupayaan kami dengan ketara dalam sektor marin dan luar pesisir," katanya dalam satu kenyataan.

MenurutKu Mohd Ashraff, penyampaian perkhidmatan dan capaian pasaran dapat diperluaskan di seluruh rantau ini, seterusnya membukajalan untuk pertumbuhan dan kejayaan masa depan menerusi kerjasama itu.

Dalam pada itu, Erick berkata kerjasama itu akan meningkatkan perkhidmatan penghantaran PT Limin Marine,memanfaatkan gabungan aset dan rangkaian serta memperluas jangkauan pasaran di Asia Tenggara dan negara-negara lain.

“Kerjasama ini mengoptimumkan potensi kolektif kami dalam merebut merebut peluang di seluruh Asia Tenggara dan seterusnya,” katanya.

— Livevartha

Related Articles

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion
Ekonomi

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion

PARKSON Credit melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (program sukuk...

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu
Ekonomi

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu

PROTON S70PETALING JAYA: Proton S70 mendominasi pasaran automotif Malaysia segmen C dengan...

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini

CHINA, ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK yang perlahan kepada...

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...