Home Ekonomi Tune Protect Lantik How Kim Lian Sebagai CEO Kumpulan
Ekonomi

Tune Protect Lantik How Kim Lian Sebagai CEO Kumpulan

Tune Protect Lantik How Kim Lian Sebagai CEO Kumpulan

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Livevartha) — Tune Protect Group Bhdmengumumkanpelantikan How Kim Lian sebagai ketua pegawai eksekutif kumpulan baharu, berkuat kuasa pada hari ini.

Beliau menggantikanRohit Nambiar yang melepaskan jawatan itu pada Mei lepas.

Dalam kenyataannya, syarikat insurans itu berkata peranan baharu How termasuk meningkatkan penembusan Tune Protect dalam ekosistem gaya hidup serta libat urus dengan penggiat utama serantau bagi memacu syarikat sebagai peneraju penyedia insurans serantau dalam sektor pengembaraan.

“Hala tuju strategiknya akan menumpukan usaha bagi mengetengahkan kemampuan syarikat sebagai penyedia perkhidmatan secara menyeluruh, melangkaui teknologi dan insurans semula, penyampaian pengalaman pelanggan yang konsisten dan tawaran produk di peringkat global,” katanya.

Mengulas pelantikan itu, How berkongsi komitmennya untuk memacu pertumbuhan mampan dan keuntungan merentasi rantau terbabit, menyuntik nilai memberangsangkan untuk pelanggan kumpulan, mengukuhkan kerjasama dan memaksimumkan pulangan kepada para pelabur.

“Menerusi usaha memanfaatkan teknologi dan kepakaran kami yang mendalam dalam industri ini, terutama sektor pengembaraan, kami akan mengukuhkan lagi kedudukan sebagai peneraju penggiat insurans dalam ekosistem berkaitan,” katanya.

How menyertai Tune Protect pada 2020 sebagai ketua pegawai kewangan kumpulan itudan berperanan penting dalam menyelia aspek portfolio perolehan, undang-undang dan kesetiausahaan korporat selain tanggungjawab terasnya.

Beliau sebelum itu merupakan timbalan ketua pegawai kewangan kumpulan di syarikat penerbanganAirAsia.

Sementara itu, Pengerusi Tune Protect Datuk Mohamed Khadar Merican berkata pengalaman luas dan rekod prestasi How dalam pengurusan kewangan dan pembangunan strategik, menjadikannyapemimpin ideal untuk memajukan kumpulan berkenaan sebagai penggiat utama serantau.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...