Home Ekonomi Tony Fernandes terima Anugerah Penghargaan Pelancongan Sabah
Ekonomi

Tony Fernandes terima Anugerah Penghargaan Pelancongan Sabah

Tony Fernandes terima Anugerah Penghargaan Pelancongan Sabah

Kredit: FB – Tony Fernandes

KOTA KINABALU, 13 Ogos(Livevartha) –Ketua Pegawai Eksekutif Capital ATan Sri Tony Fernandesmenerima Anugerah Penghargaan Pelancongan Sabah daripadaLembaga Pelancongan Sabah (STB) atas sumbangan luar biasa beliau kepada industri pelancongan negeri.

Fernandes menerima anugerah itu daripada pengerusi STB, Datuk Joniston Bangkuai, yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, di sini, hari ini.

AirAsia dalam satu kenyataan berkatapengiktirafan ini menghargai dedikasiFernandes terhadap sektor pelancongan negeri sejak dua dekad lepas.

Selama 22 tahun di bawah kepimpinan dan visi beliau, AirAsia bukan sahaja mentakrif semula perjalanan udara tetapi juga memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Sabah.

Syarikat penerbangan itu berkata di bawah kepimpinan beliau, AirAsia bukan sahaja meluaskan jangkauannya tetapi juga telah membantu meletakkan Sabah sebagai hab pelancongan dan hospitaliti yang berkembang maju sertamewujudkan limpahan peluang pekerjaan.

“Kepimpinan beliau telah memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan pelancongan negeri dan visi serta dedikasi beliau telah mewujudkan asas AirAsia untuk pengembangan berterusan, memastikan Sabah kekal menerajuipelancongan serantau,” katanya.

Menurut AirAsia,Sabah merupakan hab kedua terbesar AirAsia di Malaysia, jelas mencerminkan komitmen syarikat penerbangan ituterhadap negeri ini.

“Dengan13 laluan domestik dan 14 laluan antarabangsa secara terus ke Sabah, AirAsia merancang untuk menambah bilangan pesawat pada hujung tahun ini,” katanya.

Bermula 30 Ogos, AirAsia akan memulakan penerbangan harian antara Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Subang.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...