Tuesday , 11 February 2025
Home Ekonomi [Tinjauan Ekonomi 2025] Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 5.3 peratus pada 2024
Ekonomi

[Tinjauan Ekonomi 2025] Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 5.3 peratus pada 2024

[Tinjauan Ekonomi 2025] Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 5.3 peratus pada 2024

EKONOMI Malaysia diunjur berkembang antara 4.8 hingga 5.3 peratus pada 2024 didorong oleh permintaan domestik yang teguh dan pemulihan dalam eksport.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2025, perbelanjaan pengguna dijangka kekal berdaya tahan disokong oleh pengukuhan pasaran buruh dan aktiviti perlancongan yang rancak.

“Pengembangan ini dipacu oleh pelaburan projek baharu dan sedia ada daripada sektor swasta serta awam.

“Dengan sokongan daripada pelaksanaan dasar dan inisiatif utama negara termasuk Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030),” katanya.

Tambah laporan itu, dari sektor sektoral, sektor perkhidmatan dan pembuatan kekal sebagai enjin utama pertumbuhan.

Sementara itu, prestasi sektor pembinaan juga dianjurkan mengukuh disumbangkan oleh pengembangan menyeluruh dalam semua subsektor.

Di samping itu, pertumbuhan ekonomi untuk tahun 2025 juga diunjurkan antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus disokong oleh sektor luar negeri yang berdaya tahan berikutan perdagangan global yang bertambah baik terutamanya bagi sektor elektrik dan elektronik (E&E).

“Permintaan domestik yang teguh didorong oleh perbelanjaan sektor swasta yang kukuh akan menyokong pertumbuhan melalui pelaksanaan berterusan pelan induk utama negara dan inisiatif sedia ada.

“Inisiatif penting iaitu ‘GEAR-uP’ akan menyepadukan usaha merentasi entiti berkaitan kerajaan untuk memangkin pertumbuhan dalam sektor pertumbuhan tinggi yang merangkumi peralihan tenaga, pembuatan termaju, keterjaminan makanan, penjagaan kesihatan, kewangan Islam dan biofarmaseutikal.

“Potensi pelaburan daripada inisiatif ini berjumlah RM120 billion untuk tempoh lima tahun. Dari segi pengeluaran pula, kebanyakan sektor dijangka berkembang seterusnya mencerminkan daya tahan dan ketangkasan ekonomi Malaysia,” ujarnya. – UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Sentimen berhati-hati asak ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 10 Februari- Ringgit memulakan urus niaga Isnin dengan lebih...

Malaysia ke arah pembangunan mampan
Ekonomi

Malaysia ke arah pembangunan mampan

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.-GAMBAR HIASANPEMBANGUNAN mampan menjadi tarikan utama Malaysia dalam usaha mencapai...

Ekonomi

Pengeluaran MSM diunjur meningkat 19.5 juta tan- MPOB

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 8 Februari-Pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) diunjur meningkat 19.5...

Ekonomi

Pasaran getah dijangka kekal lengang minggu depan

Foto FailKUALA LUMPUR, 8 Februari– Pasaran getah Malaysia dijangka kekal lengang minggu...