Home Ekonomi Tenaga nuklear dijangka dimasukkan dalam RMK-13
Ekonomi

Tenaga nuklear dijangka dimasukkan dalam RMK-13

Tenaga nuklear dijangka dimasukkan dalam RMK-13

RAFIZI Ramli (tengah) menunjukkan buku panduan bagi Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) pada majlis pelancaran Pelan Tindakan OGSE Kebangsaan 2021-2030 di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara di sini hari ini.-UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR: Tenaga nuklear adalah sumber tenaga penting untuk Malaysia mencapai sifar bersih menjelang 2050 dan dijangka akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Rafizi berkata, beliau boleh menyatakan secara terbuka pada masa ini bahawa nuklear adalah salah satu pilihan. 

“Hal ini kerana tanpa nuklear dan jika kita terlepas satu atau dua pilihan, agak sukar untuk Malaysia mencapai sifar bersih menjelang 2050,” katanya dalam sesi dialog industri di Forum Pelan Induk OGSE Kebangsaan 2024 di sini hari ini.

Jelasnya, keputusan mengenai kemungkinan negara menggunakan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga telah dibuat.

“Tanggungjawab kini diberikan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) untuk memastikan rangka kerja undang-undang dan peraturan dibangunkan. 

“Antara kelebihan tenaga nuklear ialah ia lebih bersih dan mampan. Teknologi nuklear kini berbeza dengan yang terdahulu  yang memerlukan kapasiti yang sangat besar. 

“Kini, terdapat teknologi yang dikenali sebagai reaktor modular kecil (SMR) yang lebih kecil saiznya dan lebih selamat serta murah untuk dikendalikan.

“Jadi, dengan adanya teknologi SMR yang kini boleh didapati di peringkat global, kerajaan sebenarnya telah memutuskan untuk mengkaji kemungkinan tenaga nuklear di Malaysia,” katanya.

Tambahnya, SMR boleh dianggap sebagai loji kuasa nuklear mini yang merupakan loji kuasa nuklear yang padat, lebih selamat dan fleksibel, direka untuk mudah dihasilkan, diangkut dan disesuaikan untuk menyediakan tenaga yang boleh dipercayai di pelbagai lokasi.

“Sama seperti industri pengeluaran tenaga, peralihan kepada tenaga nuklear akan bermula dengan pihak pengawalseliaannya iaitu Suruhanjaya Tenaga.

“Ini kerana terdapat senarai panjang pematuhan antarabangsa yang perlu kita penuhi sebelum kita boleh memulakan penggunaan nuklear.

“Dan saya rasa butiran terperinci tentang bagaimana sektor tenaga akan menyertai nuklear akan diputuskan dan dikawal selia, kemungkinan besar oleh Suruhanjaya Tenaga juga,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Niaga hadapan KLIBOR kekal lengang minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 8 Februari- Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank...

Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka didagangkan lebih tinggi minggu depan

Foto FailKUALA LUMPUR, 8 Februari– Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif...

Harga simen meningkat hingga 2.9 peratus pada Januari
Ekonomi

Harga simen meningkat hingga 2.9 peratus pada Januari

Kenaikan harga simen membimbangkan kontraktor yang mungkin menaikkan upah pembinaan bagi menampung...

Ekonomi

Nilai jualan sektor pembuatan 2024 cecah RM1.9 trilion, naik 4.6%

KUALA LUMPUR, 7 Februari – Nilai jualan sektor pembuatan bagi 2024 mencapai...