Home Ekonomi Taman Perindustrian ASEAN dicadang dibangunkan di JS-SEZ
Ekonomi

Taman Perindustrian ASEAN dicadang dibangunkan di JS-SEZ

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi / Foto RTM

JOHOR BAHRU, 21 April – Kerajaan Johor mencadangkan pembinaan Taman Perindustrian ASEAN di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), sebagai inisiatif untuk memperkukuh kerjasama ekonomi serantau.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata taman tersebut bakal dibangunkan secara berfasa, bermula dengan projek perintis yang menumpukan kepada sektor-sektor terpilih dan akan dikembangkan mengikut prestasi.

“Taman ini akan dimanfaatkan melalui kerjasama awam dan swasta, dengan pembangunan bersama infrastruktur dan perkhidmatan yang relevan. Pasukan petugas khas juga akan ditubuhkan bagi memantau kemajuan serta memastikan penyelarasan sejajar dengan matlamat ekonomi ASEAN dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada Forum Perniagaan dan Pelaburan bersama JS-SEZ, di sini.

Forum tersebut menghimpunkan lebih 1,000 pelabur dan pemain industri dari dalam dan luar negara, yang terlibat secara langsung dalam ekosistem pembangunan JS-SEZ.

Taman Perindustrian ASEAN itu dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi serantau, selain merangsang aktiviti pelaburan rentas sempadan di antara Malaysia dan Singapura.

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...