Home Ekonomi Takaful Malaysia Lancar Kaotim Legasi, Pelan Hibah Serendah Rm30 Sebulan
Ekonomi

Takaful Malaysia Lancar Kaotim Legasi, Pelan Hibah Serendah Rm30 Sebulan

Takaful Malaysia Lancar Kaotim Legasi, Pelan Hibah Serendah Rm30 Sebulan

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia Nor Azman Zainal

Kredit : Takaful Malaysia

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Livevartha) –Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd telah melancarkan Kaotim Legasi, pelan Hibah takaful mampu milik dengan nilai perlindungan hayat sehingga RM2 juta.

Kaotim Legasi merupakan pelan Hibah takaful mampu milik ditawarkan melalui platform digital Kaotim, serendah RM30 sebulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia Nor Azman Zainalberkata Kaotim Legasi adalahproduk terbaharu di bawah jenama Kaotim susulan kejayaanKaotim MediKad pada November tahun lepas.

“Kami sangat gembira dengan sambutan positif diterima sejak pelancaran jenama dan platform digital Kaotim serta pelan Kaotim MediKad pada November tahun lalu.

“Kaotim Legasi merupakan pelan Hibah takaful bertujuan membantu masyarakat merancang keperluan perlindungan kewangan mereka dan kelangsungan hidup ahli keluarga sekiranya berlaku kematian kepada pelanggan produk ini,” katanya.

Pelan Hibah takaful ini dapat membantu menyelesaikan masalah warisan yang timbul akibat kematian seperti masalah kewangan dihadapi oleh waris si mati sama ada untuk meneruskan kehidupan ataupunmelunaskan hutang si mati dengan menggunakan pampasan diperoleh.

Nor Azman berkatamanfaat pelan hibah takaful itujuga boleh digunakan untuk menampung kos pendidikan anak-anak seandainyahilang sumber pendapatan utama.

“Anda boleh melanggan Kaotim Legasi sebagai hadiah kepada sesiapa sahaja, sama ada waris atau bukan waris kerana pelan ini tidak tertakluk pada pembahagian harta. Ia berperanansebagai pengganti pendapatan jika anda tidak lagi boleh bekerja akibat hilang upaya atau penyakit kritikal,” katanya.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...