Home Ekonomi SME Bank, Tabung Haji Meterai MoU Bagi Tingkatkan Pertumbuhan PMKS
Ekonomi

SME Bank, Tabung Haji Meterai MoU Bagi Tingkatkan Pertumbuhan PMKS

SME Bank, Tabung Haji Meterai MoU Bagi Tingkatkan Pertumbuhan PMKS

Kredit: SME Bank

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Livevartha) –SME Bank Malaysia (SME Bank)dan Lembaga Tabung Haji (TH) memeteraimemorandum persefahaman (MoU) untuk meningkatkan sokongan kepada perusahaan mikro, kecildan sederhana (PMKS) melalui penyelesaian kewangan yang disesuaikan dan program pembinaan kapasiti yang menyeluruh.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SME BankDatuk Mohammad Hardee Ibrahimberkatakerjasama ini memberi impak yang besar kepada sektor PMKS dengan menghubungkan penyelesaian pembiayaan patuh syariah bank dan rangkaian TH.

“Dengan memperluas capaian, kami menyasarkan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi PMKSyang mampan dengan meningkatkan peluang dan kejayaan mereka selaras dengan prinsip syariah,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Di bawah MoU itu, TH akan mempromosikan programbank kepada vendor yang berpotensimanakala anak syarikat bank itu, Centre for Entrepreneur Development and Research SdnBhd (CEDAR)akan membangunkan dan menggalakkan program pembinaan kapasiti untuk vendor berdaftar TH yang layak.

Mohammad Hardee berkataCEDAR, yang telah melatih lebih 82,000 usahawanakan menyediakan program keusahawanan dan pembinaan kapasiti yang menyeluruh dirangka untuk mengukuhkan PMKS.

“Programini juga akan mengintegrasikan amalan alam sekitar, sosialdan tadbir urus melalui khidmat nasihat dan bimbingan yang khusus,”katanya.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua organisasi akan mengkaji dan mencadangkan skim pembiayaan berstruktur yang disesuaikan dengan keperluan khusus vendor yang berdaftar dengan TH.

Mereka juga akan bekerjasama dalam penganjuran persidangan, seminar, ceramah, aktiviti pemasaranserta menyertai program latihan dan pembangunan bersama.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO THSyed Hamadah Syed OthmanberkataMoU ini adalah mengenaimenyediakan sokongan kewangan dan membina ekosistem yang menyeluruh untuk menggalakkan pertumbuhan PMKS.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...