Home Ekonomi SME Bank laksana 10 inisiatif strategik bernilai RM1.17 bilion
Ekonomi

SME Bank laksana 10 inisiatif strategik bernilai RM1.17 bilion

SME Bank akan melaksanakan 10 inisiatif strategik bernilai RM1.17 bilion menerusi Belanjawan 2025 / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 22 Oktober – SME Bank akan melaksanakan 10 inisiatif strategik bernilai RM1.17 bilion menerusi Belanjawan 2025 bertujuan mengukuhkan mandat bank itu dalam menyokong ekosistem perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS).

Dalam satu kenyataan, SME bank telah mengenal pasti beberapa sektor strategik utama, termasuk teknologi, pelancongan, dan bidang berkaitan alam sekitar, sosial, serta tadbir urus (ESG).

Pemangku Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim berkata sektor-sektor tersebut memainkan peranan penting dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan bagi jangka masa panjang, khususnya dalam memperkasa usahawan wanita.

\”Antara inisiatif strategik yang diperkenalkan termasuk pembiayaan berjumlah RM400 juta untuk sektor PMKS yang sedang dalam proses transformasi teknologi. Selain itu, RM200 juta diperuntukkan bagi memperkasakan segmen PMKS Bumiputera, dengan tujuan memupuk generasi juara serantau,\” katanya.

Sebanyak RM100 juta turut diperuntukkan khusus untuk pembangunan usahawan wanita serta mengurangkan jurang gender dalam perniagaan.

Sejak penubuhannya pada tahun 2005, SME Bank telah menyediakan lebih RM45 bilion dalam program pembiayaan yang memberi manfaat kepada lebih 24,000 PMKS di seluruh negara.

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...