Home Ekonomi Sistem DRG berpotensi kurangkan kos rawatan kesihatan
Ekonomi

Sistem DRG berpotensi kurangkan kos rawatan kesihatan

Penetapan harga bagi kumpulan berkaitan diagnostik (DRG) merupakan antara cadangan yang boleh dilaksanakan bagi menangani isu peningkatan kos penjagaan kesihatan / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Penetapan harga bagi kumpulan berkaitan diagnostik (DRG) merupakan antara cadangan yang boleh dilaksanakan bagi menangani isu peningkatan kos penjagaan kesihatan.

Presiden Persatuan Ekonomi Kesihatan Malaysia, Profesor Emeritus Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid berkata langkah itu mampu meningkatkan ketelusan dan membolehkan masyarakat mengenal pasti kos rawatan serta prosedur dengan lebih menyeluruh.

“DRG telah pun digunakan di Malaysia di hospital pengajar lebih daripada 10 tahun. Di Kementerian Kesihatan juga terdapat jawatankuasa teknikal yang dapat membantu Persatuan Insurans Malaysia dan juga takaful untuk melaksanakan sistem ini.

\”Jadi, apa yang kita lakukan di hospital pengajar boleh kita laksanakan di hospital swasta dan ini akan menjimatkan waktu untuk melaksanakan DRG ini,” katanya ketika dihubungi RTM.

Dr Syed Mohamed turut menyokong pewujudan pangkalan data tuntutan bagi meningkatkan analisis tuntutan serta mengurangkan penyalahgunaan.

Jelasnya, data sama juga boleh digunakan dalam menentukan kadar premium insurans yang lebih rendah.

Sebelum ini, peserta industri insurans dan takaful telah mengesyorkan sembilan langkah bagi menangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, yang turut dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Related Articles

Peluasan SST dijangka kurangkan saiz perbelanjaan pengguna
Ekonomi

Peluasan SST dijangka kurangkan saiz perbelanjaan pengguna

PELUASAN cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan bermula 1 Julai ini....

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...