Home Ekonomi Setiausaha Korporat Berperanan Kritikal Dalam Pelaporan ESG
Ekonomi

Setiausaha Korporat Berperanan Kritikal Dalam Pelaporan ESG

Setiausaha Korporat Berperanan Kritikal Dalam Pelaporan ESG

Presiden Persatuan Antarabangsa Setiausaha Korporat (CSIA) Datuk Suseela Menon – Kredit: MAICSA

Oleh Christine Lim

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Livevartha) –Setiausaha korporat, sebagai penjaga pintu pentadbiran, mempunyai peranan kritikal dalam membimbing syarikat untuk mengukuhkan rangka kerja tadbir urus bagi membuat peralihan ke arah kelestarian serta pelaporan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Presiden Persatuan Antarabangsa Setiausaha Korporat (CSIA) Datuk Suseela Menon berkata selaku presiden, adalah menjadi keutamaan untukbekerjasama dengan organisasi berasaskan penyelidikan yang sesuai dalam penyediaan lebih banyak sokongan kepimpinan pemikiran kepada setiausaha syarikat dan profesional tadbir urus.

Suseela juga merupakan bekas presiden dan ahli majlis Institut Setiausaha dan Pentadbir Bertauliah Malaysia (MAICSA).

"MAICSA dan CSIA melakukan banyak kerja untuk membantu organisasi, melalui setiausaha syarikat mereka yang juga kebanyakannya berkhidmat sebagai profesional tadbir urus dalam memacu amalan kelestarian," katanya kepada Livevartha.

CSIA telah bekerjasama dengan Trialogue, sebuah organisasi penyelidikan kelestarian dariAfrika Selatan, mengenai projek kepimpinan pemikiran terkini yang bertujuan membangunkan kapasiti setiausaha korporat dan profesional tadbir urus.

“Ianya bermatlamat untuk menyediakan tahap pemahaman serta konteks yang lebih mendalam bagi memperkasakan mereka untuk mengutamakan kelestarian dalam agenda lembaga pengarah, menyesuaikan selain mengukuhkan pendekatan sedia adadan menyemai amalan ESG dalam organisasi,” katanya.

CSIA telah diperbadankan di Geneva serta dilancarkan di Paris pada Mac 2010 di bawah naungan Perbadanan Kewangan Antarabangsa serta Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) sebagai Suara Global Setiausaha Korporat dan Profesional Tadbir Urus.

Hari ini, keahliannya melebihi 100,000 setiausaha korporat dan profesional tadbir urus merentasi empat benua.

Related Articles

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion
Ekonomi

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion

PARKSON Credit melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (program sukuk...

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu
Ekonomi

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu

PROTON S70PETALING JAYA: Proton S70 mendominasi pasaran automotif Malaysia segmen C dengan...

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini

CHINA, ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK yang perlahan kepada...

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...