Home Ekonomi Sentimen berhati-hati asak ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ekonomi

Sentimen berhati-hati asak ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 10 Februari- Ringgit memulakan urus niaga Isnin dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pasaran terus ditekan sentimen berhati-hati susulan data inflasi terkini AS dan ketidaktentuan dasarnya.

Pada 8.00 pagi ini, ringgit turun ke paras 4.4500/4730 berbanding dolar AS daripada 4.4375/4420 yang dicatatkan pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata perkembangan di AS menyaksikan pentadbiran Presiden Donald Trump akan mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium dari semua negara.

“Langkah itu boleh meningkatkan ketidaktentuan dalam pasaran mata wang dengan dolar AS berkemungkinan kekal mendapat permintaan tinggi,\” katanya kepada Bernama.

Selain itu, data Gaji Bukan Perladangan (NFP) pula lebih rendah daripada jangkaan kepada 143,000 pada Januari 2025 berbanding anggaran ramai atau konsensus sebanyak 170,000.

Bagaimanapun, NFP Disember 2024 telah disemak semula daripada 256,000 kepada 307,000 manakala kadar pengangguran merosot kepada 4.0 peratus pada Januari 2025 daripada 4.1 peratus pada bulan sebelumnya yang memaparkan pasaran tenaga kerja AS masih berdaya tahan.

Di peringkat tempatan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain kecuali berbanding yen Jepun yang susut kepada 2.903/9457 daripada 2.9217/9249.

Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.5884/6121 daripada 4.6101/6148 sebelum ini dan naik berbanding pound Britain kepada 5.5140/5425 daripada 5.5278/5334.

Mata wang tempatan itu bagaimanapun diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN, termasuk mengukuh berbanding dolar Singapura pada 3.2791/2965 daripada 3.2866/2901 pada Jumaat lepas dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.1214/2009 daripada 13.1853/2041.

Ringgit bagaimanapun susut berbanding rupiah Indonesia kepada 273.2/274.8 daripada 272.4/272.9 dan turun berbanding peso Filipina kepada 7.67/7.71 daripada 7.65/7.66. – Livevartha

Related Articles

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights
Ekonomi

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights

MOHAMAD Farid Ghazali (kiri) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Haniff Zainal Abidin...

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media
Ekonomi

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media

PROTON X50 baharu.PETALING JAYA: Proton Holdings Berhad (Proton) memperkenalkan Proton X50 terbaharu...

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind
Ekonomi

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind

GOBIND SINGH DEOKUALA LUMPUR: Kerajaan dalam proses meneliti keperluan untuk menggubal undang-undang...

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana
Ekonomi

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana

WAN Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi (dua kanan) bergambar bersama wakil-wakil syarikat...