Home Ekonomi Sembilan cadangan dikemuka, demi tangani kos penjagaan kesihatan
Ekonomi

Sembilan cadangan dikemuka, demi tangani kos penjagaan kesihatan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 7 Mac– Sembilan cadangan dikemukan pemain industri insurans dan takaful negara dalam usaha menangani peningkatan kos penjagaan kesihatan.

Antaranya, papar kos purata prosedur dan rawatan biasa di hospital swasta, serta kadar inflasi kos perubatan tahunan.

Syor sama turut dibentangkan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), minggu lalu.

Menerusi kenyataan bersama, persatuan terlibat turut mengesyorkan pelaksanaan penetapan harga kumpulan berkaitan diagnostik (DRG).

\”Ia bertujuan meningkatkan ketelusan dalam caj perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pengebilan.

Cadangan lain termasuk mengawal selia kos farmaseutikal menerusi kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),\” kata kenyataan itu.

Langkah tersebut untuk menggalakkan penggunaan ubat generik dan mengawal selia harga ubat.

Related Articles

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan
Ekonomi

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan

MOHAMMAD Helmi Harith menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran MYTV Mana Mana...

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen
Ekonomi

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen

PMCK membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa.KUALA LUMPUR: PMCK Berhad (PMCK),...

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah
Ekonomi

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah

CHEE Siew Pin (kanan) bersama Robbie Blackwood ketika gimik pelancaran Kempen Traverse...

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 
Ekonomi

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 

ZHANG Qiang (kanan) dan Lim Hun Teik bertukar dokumen perjanjian MoU antara...