Home Ekonomi Sedania catat pendapatan tertinggi pada suku ketiga
Ekonomi

Sedania catat pendapatan tertinggi pada suku ketiga

Sedania catat pendapatan tertinggi pada suku ketiga

PETALING JAYA: Sedania Innovator Berhad (Sedania) mencatatkan pendapatan tertinggi sebanyak RM22.6 juta pada suku ketiga, meningkat 53.4 peratus tahun ke tahun dan 3.7 peratus suku ke suku, disebalik persekitaran makroekonomi global yang mencabar.

Pengarah Urusan dan Pengasas Sedania, Datuk Azrin Mohd Noor berkata, pencapaian itu mengukuhkan evolusi strategik sebagai peneraju serantau dalam sektor  barangan pengguna (FMCG) dan teknologi pengguna mampan.

“Ini dipacu jenama organik premium penjagaan bayi serta kesejahteraan diri serta teknologi digital hak milik eksklusif dan mami kini berada pada titik perubahan dalam perjalanan pertumbuhan kumpulan. 

“Prestasi suku ketiga ini bukan sekadar hasil pelaksanaan taktikal, tetapi juga mencerminkan kepercayaan mendalam yang kami bina bersama pengguna yang mementingkan kemampanan di seluruh dunia. 

“la mengesahkan bahawa keputusan kami untuk mengutamakan penyumbang utama pendapatan kami iaitu segmen FMCG mampan berteraskan prinsip kelestarian, kesejahteraan hidup dan penjenamaan, adalah selari dengan halatuju pasaran,” katanya dalam kenyataan. 

Menurutnya, meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global, harga runcit dan margin keuntungan Sedania kekal stabil, mencerminkan kekuatan jenama, kecekapan operasi serta strategi pengurusan risiko yang berwawasan.

“Kami sedang membina platform FMCG yang berorientasikan masa hadapan berpandukan penskalaan digital, rantaian bekalan yang berdaya tahan, dan penjenamaan produk berasaskan nilai.

“Kini, kami semakin hampir dengan dengan misi kami untuk menerajui gelombang gelombang baharu bah konsumerisme lestari di Asia. 

“Ini bukan sekadar transformasi ini adalah revolusi jenama dan Sedania bangga untuk menjadi pendukung utama trend produk mesra alam untuk pengguna generasi kini.” katanya.-UTUSAN 

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...