Home Ekonomi SC perkenal panduan NSRF, sokong tadbir urus kemampanan
Ekonomi

SC perkenal panduan NSRF, sokong tadbir urus kemampanan

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan panduan ringkas untuk membantu lembaga pengarah syarikat dalam mengguna pakai Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan Kebangsaan (NSRF) / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 20 Januari – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan panduan ringkas untuk membantu lembaga pengarah syarikat dalam mengguna pakai Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan Kebangsaan (NSRF).

SC menerusi kenyataan menyifatkan NSRF sebagai langkah strategik ke arah memajukan agenda kemampanan korporat negara.

Rangka kerja itu bertujuan memastikan syarikat-syarikat Malaysia selaras dengan Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Kelestarian Antarabangsa (ISSB), termasuk IFRS S1 dan IFRS S2.

\”Piawaian IFRS menjamin pendedahan kewangan berkaitan kemampanan yang konsisten dan setanding di peringkat global. Ia merangkumi tadbir urus dengan menyediakan langkah bagi memastikan keberkesanan pelaporan kemampanan.

\”Sempadan data dengan Menentukan skop data kemampanan yang relevan, penilaian kesan kewangan dengan menilai impak kewangan daripada isu-isu kemampanan serta penyepaduan risiko dengan menyatukan elemen kemampanan dalam sistem pengurusan risiko perusahaan,\” menurut SC.

Melalui panduan tersebut, syarikat di Malaysia bukan sahaja memenuhi piawaian global, tetapi juga memimpin ke arah masa depan yang mampan dengan matlamat dan daya tahan.

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...