Home Ekonomi Sarawak dan Airbus jalin kerjasama strategik, enam bidang utama dipersetujui
Ekonomi

Sarawak dan Airbus jalin kerjasama strategik, enam bidang utama dipersetujui

Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak

KUCHING, 6 Mei – Kerajaan Sarawak mengorak langkah ke hadapan dalam usaha membangunkan industri aeroangkasa negeri itu menerusi kerjasama strategik bersama syarikat penerbangan terkemuka dunia, Airbus.

Sehubungan itu, kerajaan negeri dan Airbus telah bersetuju untuk menubuhkan satu pasukan bersama bagi merangka pelan hala tuju pembangunan industri aeroangkasa negeri itu.

Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata hasil lawatan rasmi beliau ke ibu pejabat Airbusdan ATR, pengeluar pesawat turboprop di Toulouse, Perancis pada Isnin lepas telah membuka ruang kepada enam bidang utama yang dipersetujui untuk diteroka bersama ke arah menjadikan Sarawak sebagai hab aeroangkasa baharu di rantau Asia Pasifik.

“Penubuhan Pasukan Bersama Sarawak-Airbus itu bertujuan untuk mewujudkan gabungan tenaga kepakaran dalam industri melalui kerjasama dan perbincangan yang komprehensif antara pakar-pakar terlibat untuk merangka pelan berkenaan.

\”Usaha ini dijangka dapat menjadi pemangkin kepada perkembangan industri penerbangan sekali gus membuka peluang baharu bagi kemajuan sektor ini di peringkat antarabangsa,\” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) hari ini.

Abang Johari berkatapenubuhan pasukan bersama itu merupakan antara enam bidang utama kerjasama strategik dipersetujui untuk diterokabersama kerajaan negeridan Airbus.

Selain itu, Airbus akan bekerjasama dengan kerajaan Sarawak untuk membangunkan satu kawasan seluas 100 ekar (40.5 hektar) di negeri itu sebagai tapak Aerotropolis, ia akan menjadi hab bersepadu untuk menyokong ekosistem industri penerbangan.

Beliau berkata kedua-dua pihak turutbersetuju untuk meneroka bidang penggunaan bahan api penerbangan mampan (SAF) yang sedang giat dibangunkan di Sarawak.

Airbus akanberganding dengan institusi tempatan Sarawak seperti Kolej Universiti ICATSbagi membangunkan program latihan serta silibus berkaitan aeroangkasa dalam usaha melahirkan modal insan untuk industri aeroangkasa, katanya.

Dalam pembangunan ekosistem industri sokongan aeroangkasa pula,beliau berkata Airbus akan membantu Sarawak untukmenerokapotensi pembuatan bahan komposit dan kulit sintetik berasaskan gas, selain teknologi avionik serta instrumenberasaskan kecerdasan buatan (AI).

Beliauberkata kerjasama dipersetujui turut melibatkan pembangunan sistem pendigitalan perjalanan dan perkhidmatan penerbangan yang bakal mengintegrasikan semua urusan perjalanan dalam satu pakej digital.

“\”Ini bagi menyepadukan urusan perjalanan daripada tempahan tiket penerbangan, penggunaan sistem pengangkutan Projek Sistem Aliran Transit Automasi (ART) Kuching hingga ke penginapan dalam satu pakej digital yang lancar,\” katanya lagi.

ARTKuching adalahsebahagian daripada fasa pertama pelan Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS). – Bernama

Related Articles

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025

MOHD. UZIR (kiri) dan Abdul Rasheed (kanan) membentangkan prestasi ekonomi Malaysia suku...

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran
Ekonomi

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran

Pengurus PropertyGuru & iProperty, Kenneth Soh pada Laporan Kemampanan PropertyGuru Group 2024...

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...