Home Ekonomi Saham Asia & harga minyak menjunam, pasaran desak Fed turunkan kadar faedah
Ekonomi

Saham Asia & harga minyak menjunam, pasaran desak Fed turunkan kadar faedah

Foto Reuters

SYDNEY, 7 April – Pasaran saham Asia menjunam semalam susulan kebimbangan terhadap perang perdagangan global yang semakin meruncing, sekali gus mendorong kejatuhan niaga hadapan Wall Street dan permintaan pasaran terhadap penurunan segera kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed).

Pelabur kini menjangka hampir lima penurunan kadar sebanyak suku mata oleh Fed tahun ini, bermula seawal bulan Mei.

Tindakan itu menolak hasil bon Perbendaharaan AS lebih rendah dan menyebabkan dolar AS melemah.

Kejatuhan pasaran itu berlaku selepas White House terus berpegang kepada rancangan tarif berskala besar, manakala China bertindak balas melalui pengenaan tarif ke atas barangan AS.

Presiden Donald Trump menegaskan tiada rundingan akan dibuat selagi defisit perdagangan AS belum diselesaikan.

Ketua Ekonomi JPMorgan, Bruce Kasman, memberi amaran dasar perdagangan AS boleh mendorong ekonomi global ke arah kemelesetan, dengan kebarangkalian kini mencecah 60 peratus.

Niaga hadapan S&P 500 merosot 4.31 peratus, manakala Nasdaq susut 5.45 peratus, menambah kepada kerugian hampir AS$6 trilion minggu lalu.

Indeks Nikkei Jepun jatuh 7.8 peratus, dan Korea Selatan turun 4.6 peratus.

Harga minyak turut terjejas apabila Brent turun AS$2.12 kepada AS$63.46 setong dan minyak mentah AS susut AS$2.05 kepada AS$59.94 setong.

Pelarian pelabur ke aset selamat menyebabkan lonjakan niaga hadapan bon Perbendaharaan dan peningkatan dalam niaga hadapan dana Fed, mencerminkan jangkaan bahawa kadar akan diturunkan dalam masa terdekat.

Meskipun inflasi masih menjadi kebimbangan, pasaran lebih fokus kepada risiko kemelesetan. Data harga pengguna AS dijangka meningkat 0.3 peratus bagi bulan Mac, namun tarif dijangka melonjakkan harga barangan secara keseluruhan.

Penganalisis menjangkakan musim laporan pendapatan suku tahun ini bakal suram, dengan tekanan terhadap margin keuntungan syarikat akibat kos yang meningkat.

Malah harga emas turut jatuh 0.7 peratus kepada AS$3,013 seauns, menunjukkan pelabur mula mengambil untung bagi menampung kerugian dan memenuhi panggilan margin – menandakan potensi berlakunya gelombang jualan panik.-REUTERS

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...