Home Ekonomi RM1.93 bilion aliran masuk: Institusi tempatan kekal pemacu Bursa Malaysia
Ekonomi

RM1.93 bilion aliran masuk: Institusi tempatan kekal pemacu Bursa Malaysia

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 14 April- Institusi tempatan terus menjadi pemacu utama Bursa Malaysia untuk minggu ke-25 berturut-turut, dengan aliran masuk bersih ke dalam ekuiti domestik berjumlah RM1.93 bilion.

Pelabur runcit tempatan juga meneruskan trend sama dengan merekodkan belian bersih berjumlah RM43.7 juta.

Sebaliknya, pelabur asing melanjutkan aliran jualan di bursa tempatan, mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak RM1.97 bilion.

Menurut Laporan Aliran Dana MIDF Amanah Investment Bank Bhd, hanya dua sektor yang menyaksikan aliran masuk asing bersih iaitu produk dan perkhidmatan pengguna serta telekomunikasi dan media.

Manakala, sektor dengan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan, utiliti dan pembinaan.

Purata volum dagangan harian menyaksikan peningkatan secara meluas.

Pelabur asing, institusi tempatan dan peruncit tempatan masing-masing meningkat sebanyak 54.7 peratus, 120.9 peratus dan 87.5 peratus.

Related Articles

Ekonomi

Dolar AS rendah dorong ringgit dibuka tinggi

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 25 April- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada...

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus
Ekonomi

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus

INFLASI dijangka kekal 2.4 peratus tahun ini. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Kadar...

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini
Ekonomi

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini

KADAR Dasar Semalaman (OPR) dijangka turun kepada 2.75 peratus pada Julai ini...

Ekonomi

Pasaran getah ditutup bercampur-campur ketika harga minyak mentah stabil

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 24 April– Pasaran getah Malaysia diniagakan bercampur-campur hari ini,...