Home Ekonomi Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$118.4 bilion 
Ekonomi

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$118.4 bilion 

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS8.4 bilion 

LOGO Bank Negara Malaysia-UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$118.4 bilion pada 15 April 2025 meningkat berbanding berjumlah AS$117.50 bilion pada 28 Mac 2025. 

BNM berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

“Komponen utama rizab tersebut ialah rizab mata wang asing (AS$105.3 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.8 bilion), emas (AS$3.8 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.2 bilion).

“Jumlah aset berjumlah RM633.65 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM525.05 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.71 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM26.01 bilion), tanah dan bangunan (RM4.58 bilion) dan aset lain (RM60.62 bilion),” katanya dalam kenyataan.

BNM berkata, jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM633.65 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM186.04 bilion), mata wang dalam edaran (RM176.40 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM143.43 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM10.64 bilion), deposit lain (RM74.79 bilion), kertas Bank Negara (RM10.57 bilion), peruntukan SDR (RM28.38 bilion) dan liabiliti lain (RM3.27 bilion).-UTUSAN

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...