Home Ekonomi Ringgit terus catat momentum positif untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ekonomi

Ringgit terus catat momentum positif untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 21 Oktober – Ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini, meneruskan momentum positif minggu lepas, didorong oleh minat belian yang berterusan terhadap mata wang tempatan, kata penganalisis.

Pada 8.11 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.2960/3095 berbanding dolar AS daripada 4.3045/3075 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata berdasarkan China dilihat lebih terbuka untuk memberikan rangsangan monetari tambahan bagi menyokong pertumbuhan, mata wang pasaran sedang pesat membangun termasuk ringgit, dijangka kekal positif sepanjang hari.

“Selain itu, peserta pasaran masih meneliti pengumuman Belanjawan 2025 yang dibentangkan pada Jumaat lepas apabila pengukuhan fiskal dijangka berterusan dengan defisit fiskal berkemungkinan berkurangan kepada 3.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2025 daripada anggaran 4.3 peratus tahun ini.

“Dengan komitmen terhadap pengukuhan fiskal, langkah itu akan menyokong ringgit berikutan belanjawan tersebut boleh dianggap sebagai positif dari segi kredit,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dalam dagangan awal, ringgit kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding euro kepada 4.6680/6827 daripada 4.6674/6706 pada Jumaat lepas dan susut berbanding yen Jepun kepada 2.8759/8851 daripada 2.8708/8730.

Bagaimanapun, mata wang tempatan mengukuh berbanding pound kepada 5.6046/6222 daripada 5.6109/6148 sebelum ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Mata wang tempatan merosot berbanding baht Thailand kepada 12.9792/13.0363 daripada 12.9579/9916 pada Jumaat lepas.

Ringgit hampir tidak berubah berbanding dolar Singapura kepada 3.2791/2897 daripada 3.2791/2817 pada Jumaat lepas, bagaimanapun ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.47/7.50 daripada 7.48/7.49 dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 277.4/278.5 daripada 278.0/278.3 sebelum ini. – Livevartha

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...