Home Ekonomi Ringgit meningkat menjelang pelantikan Trump sebagai Presiden AS hari ini
Ekonomi

Ringgit meningkat menjelang pelantikan Trump sebagai Presiden AS hari ini

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 20 Januari- Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada sesi pagi ini, didorong oleh sentimen berhati-hati menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5020/5095 berbanding dolar AS, naik daripada 4.5040/5085 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka kekal dalam dagangan jajaran kecil hari ini, berkemungkinan pada sekitar RM4.5000.

“Peniaga semakin bimbang mengenai apa yang mungkin diumumkan oleh Presiden AS,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata perhatian akan tertumpu kepada perintah eksekutif Trump yang dijangka termasuk langkah pengusiran besar-besaran pendatang asing tanpa izin, penyahkawalseliaan industri dan tarif import.

Langkah tarif yang dijangkakan boleh meningkatkan inflasi, berpotensi mendorong pendirian menaikkan kadar faedah daripada Rizab Persekutuan, katanya.

Pada sesi pembukaan, ringgit turut mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding euro kepada 4.6290/6367 daripada 4.6382/6429 pada Jumaat lepas, naik berbanding pound kepada 5.4816/4908 daripada 5.4953/5008 dan tinggi berbanding yen Jepun kepada 2.8802/8852 daripada 2.8918/8949.

Mata wang tempatan turut meningkat berbanding mata wang ASEAN.

Ia naik berbanding baht Thailand kepada 13.0504/0850 daripada 13.0664/0856, sedikit berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 274.8/275.4 daripada 274.9/275.3, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2926/2986 daripada 3.2948/2983 dan hampir mendatar berbanding peso Filipina kepada 7.68/7.70 daripada 7.68/7.69 pada Jumaat lepas.- Livevartha

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...