Home Ekonomi Ringgit mengukuh berbanding dolar AS dalam tiga bulan pertama
Ekonomi

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS dalam tiga bulan pertama

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 3 April-Ringgit mengukuh 0.8 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Laporan Tinjauan Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Bhd. menyatakan pada Mac, mata wang tempatan itu mengukuh 0.6 peratus berbanding dolar bulan ke bulan, dan mengakhiri bulan berkenaan pada 4.434 berbanding 4.463 sebelumnya.

Sebahagian daripada kelemahan prestasi dolar itu didorong oleh sentimen pasaran hadapan yang cenderung ke arah penurunan pertumbuhan atau jangkaan berlakunya kemelesetan di negara maju itu.

MIDF juga mengunjurkan Ringgit terus mengukuh sejajar dengan jangkaan tindakan Fed meneruskan langkah kelonggaran dasar monetarinya lewat tahun ini.

MIDF mengunjurkan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS tahun ini dengan purata 4.23.

Namun, kadar pengurangan kadar yang memberi kesan kenaikan ringgit berkemungkinan lebih terhad susulan prospek inflasi yang tinggi di Amerika.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...