Home Ekonomi Ringgit mengukuh berbanding dolar AS
Ekonomi

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 15 April– Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika sentimen berhati-hati terus ketara di pasaran susulan kecelaruan dasar tarif import negara maju itu.

Laporan terbaru menyatakan White House sedang merancang mengenakan cukai baharu ke atas semikonduktor dan farmaseutikal.

Pada pukul 8.00 pagi ini, ringgit diniagakan meningkat kepada 4.4085/4215 berbanding dolar AS daripada paras 4.4100/4160 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kekalutan mengenai tarif itu telah mendorong kesukaran dalam menilai kesan makroekonomi.

Indeks Dolar AS (DXY) juga jatuh kepada 99.640 mata, mencerminkan peralihan sentimen pelabur dengan pasaran mencari tempat selamat alternatif.

“Harga emas kekal tinggi dengan emas semasa pada AS$3,227.40 seauns – meningkat 23 peratus daripada AS$2,624.50 pada awal tahun.

“Ini menunjukkan pelabur bertindak beralih kepada logam berharga di tengah-tengah ketidaktentuan yang kian meningkat,\” katanya kepada Bernama.

Susulan DXY yang lebih lemah, Mohd Afzanizam menjangkakan ringgit bergerak dalam julat RM4.40 dan RM4.41 dalam urus niaga hari ini.

Dalam pada itu, ringgit juga diniagakan meningkat berbanding mata wang utama lain.

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0773/0868 daripada 3.0811/0855, naik berbanding euro kepada 4.9975/5.0122 daripada 5.0199/0267 dan tinggi sedikit berbanding pound Britain kepada 5.8073/8244 daripada 5.8097/8176.

Selain itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.1182/1745 daripada 13.1481/1754 dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3494/3595 daripada 3.3506/3556.

Ringgit berubah sedikit berbanding rupiah Indonesia pada 262.5/263.5 daripada 262.6/263.2 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.72/7.75 daripada 7.72/7.74.- Livevartha

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...