Tuesday , 4 February 2025
Home Ekonomi Ringgit diunjur RM4.41 – RM4.44 berbanding dolar minggu depan
Ekonomi

Ringgit diunjur RM4.41 – RM4.44 berbanding dolar minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 1 Februari- Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan, bergerak antara RM4.41 dan RM4.44 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap dasar tarif AS.

Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes memberitahu Bernama bahawa mata wang tempatan mungkin menghadapi tekanan secara tidak langsung akibat ketegangan tarif AS yang semakin meningkat.

“Memandangkan hubungan perdagangan Malaysia yang kukuh dengan China, yang merupakan sebagai salah satu negara yang terjejas disebabkan pengumuman tarif terkini, trajektori mata wang ini sebahagian besarnya bergantung pada retorik tarif AS minggu depan.

\”Jika AS meneruskan langkah tarif, ringgit mungkin cenderung kepada penurunan,\” katanya.

Bagaimanapun, Innes berkata jika Presiden AS Donald Trump melembutkan pendiriannya seperti yang dilihat dalam perubahan dasar terbarunya ke atas Colombia baru-baru ini, ringgit mungkin mengalami kenaikan yang melegakan.

Beliau menambah pasaran pertukaran asing cenderung untuk melindung nilai daripada senario terburuk.

\”Pengeksport tempatan mungkin menangguhkan penjualan pegangan dolar mereka, manakala dana pelaburan mungkin mengekalkan kedudukan dolar mereka,\” katanya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit susut kepada 4.4550/4600 daripada 4.3750/3800 pada minggu sebelumnya.

Sementara itu, mata wang tempatan menyusut nilai berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia jatuh berbanding pound Britain kepada 5.5336/5398 daripada 5.4373/4435, susut berbanding yen Jepun kepada 2.8798/8832 daripada 2.8115/8149, dan turun berbanding euro kepada 4.6247/6299 daripada 4.5911/5964 pada minggu sebelumnya.

Ringgit juga lemah berbanding mata wang di negara-negara ASEAN.

Ia susut berbanding baht Thailand kepada 13.2274/2498 daripada 13.0015/0241, jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2854/2896 daripada 3.2482/2522, turun berbanding rupiah Indonesia kepada 273.2/273.6 daripada 270.5/270.9 dan menyusut berbanding peso Filipina kepada 7.63/7.64 daripada 7.50/7.51 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.- Livevartha

Related Articles

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini
Ekonomi

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini

PETALING JAYA: Sektor perbankan dijangka terus berkembang dengan kukuh 5.5 peratus tahun...

Sektor huluan minyak dan gas dijangka kekal bekalan kukuh
Ekonomi

Sektor huluan minyak dan gas dijangka kekal bekalan kukuh

PETALING JAYA: Sektor huluan minyak dan gas (O&G) dijangka mengekalkan bekalan kukuh...

Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka kekal cenderung menaik minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 1 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

Ekonomi

Pasaran getah dijangka stabil minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 1 Februari- Harga pasaran getah dijangka diniagakan stabil pada...