Home Ekonomi Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar
Ekonomi

Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 15 April- Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar US hari ini kerana peniaga kekal berhati-hati menjelang rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Jepun pada Khamis ini, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.4100/4155 berbanding dolar US daripada paras penutup 4.4100/4160 ketika ditutup pada Isnin.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pasaran kini dalam mod ‘tunggu dan lihat’, memantau betapa agresif AS menekan sekutunya untuk konsesi tarif.

“Pasaran menjadikan Jepun seperti ujian geopolitik untuk melihat respons dan tindakan AS dalam perbincangan perdagangan tersebut.

\”Jika rundingan dengan Jepun berjalan lancar, ia mungkin menghasilkan hubungan diplomatik yang lebih baik. Jika tidak, kita mungkin menghadapi satu lagi pusingan ketegangan dalam tindakan langkah perlindungan,\” katanya kepada Bernama.

Menjelang cuti Easter, Bank Pusat Eropah dijangka mengekalkan kadar stabil minggu ini, Innes berkata peniaga teragak-agak untuk membuat keputusan terutamanya sekarang apabila turun naik pasaran Perbendaharaan AS telah mula reda.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pentadbiran Donald Trump nampaknya terkesan dengan kenaikan hasil Perbendaharaan AS baru-baru ini dan kelemahan dolar AS kerana dasar tarif boleh menjejaskan status AS sebagai aset selamat dalam kalangan pelabur.

“Ia masih terlalu awal untuk melihat sama ada pentadbiran Trump akan membalikkan dasar tarifnya yang kelihatan negatif tetapi ia jelas mempunyai kesan ketara terhadap keyakinan pasaran terhadap dolar AS sebagai mata wang selamat,” kata Mohd Afzanizam.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding euro kepada 4.9996/5.0059 daripada 5.0199/0267 ketika ditutup pada Isnin, bagaimanapun turun berbanding yen Jepun kepada 3.0852/0895 daripada 3.0811/0855 semalam dan berkurangan berbanding pound Britain kepada 5.8366/8439 daripada 5.8097/8176 sebelum itu.

Ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3498/3545 daripada 3.3506/3556 pada penutupan semalam, melonjak berbanding baht Thailand kepada 13.1461/1708 daripada 13.1481/1754 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 262.0/262.5 daripada 262.6/263.2 ketika ditutup pada Isnin, berkurangan berbanding peso Filipina kepada 7.76/7.78 daripada 7.72/7.74 semalam.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Dolar AS rendah dorong ringgit dibuka tinggi

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 25 April- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada...

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus
Ekonomi

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus

INFLASI dijangka kekal 2.4 peratus tahun ini. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Kadar...

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini
Ekonomi

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini

KADAR Dasar Semalaman (OPR) dijangka turun kepada 2.75 peratus pada Julai ini...

Ekonomi

Pasaran getah ditutup bercampur-campur ketika harga minyak mentah stabil

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 24 April– Pasaran getah Malaysia diniagakan bercampur-campur hari ini,...