Home Ekonomi Ringgit dijangka mendatar pada 4.34-4.35 berbanding dolar AS – Penganalisis
Ekonomi

Ringgit dijangka mendatar pada 4.34-4.35 berbanding dolar AS – Penganalisis

Ringgit dijangka mendatar pada 4.34-4.35 berbanding dolar AS – Penganalisis

Ringgit dijangka mencatat urus niaga mendatar pada minggu depan, dalam lingkungan 4.34 hingga 4.35 berbanding dolar Amerika / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 27 Oktober – Ringgit dijangka mencatat urus niaga mendatar pada minggu depan, dalam lingkungan 4.34 hingga 4.35 berbanding dolar Amerika, disebabkan pasaran yang menanti keputusan pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 5 November.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran akan kekal dengan sentimen berhati-hati menjelang pengumuman data ekonomi AS.

Pasaran juga menganggap bahawa ekonomi AS masih kukuh, dan Rizab Persekutuan dijangka melonggarkan dasar monetari secara berperingkat.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menyemak turun unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS kepada 3.2 peratus untuk 2025, berbanding 3.3 peratus sebelumnya, disebabkan kelemahan ekonomi Eropah, ketegangan geopolitik, pertumbuhan China yang perlahan, serta dasar perdagangan yang melindungi.

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...