Home Ekonomi Ringgit dijangka diniagakan tinggi minggu depan
Ekonomi

Ringgit dijangka diniagakan tinggi minggu depan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 9 November– Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, memandangkan perbezaan kadar faedah dilihat memihak kepada ringgit, dengan Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) tidak berubah sepanjang tahun depan, kata pakar ekonomi.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kebimbangan terhadap dasar Presiden AS, Donald Trump tahun depan boleh mendorong peniaga dan pelabur mengambil pendekatan lebih berhati-hati.

Beliau berkata ringgit sewajarnya meningkat kerana jurang kadar faedah dilihat memihak kepada ringgit kerana BNM mungkin mahu mengekalkan OPR pada kadar tidak berubah sepanjang tahun depan.

\”Bagaimanapun, kebimbangan terhadap dasar Presiden AS tahun depan boleh membuatkan peniaga dan pelabur ragu-ragu justeru, mereka akan lebih berhati-hati.

\”Buat masa ini, paras sokongan dan rintangan masing-masing pada RM4.3259 dan RM4.4390. USD/MYR dijangka bergerak sekitar RM4.37 hingga RM4.38 minggu depan,\” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata data penting untuk minggu depan adalah Indeks Harga Pengguna AS dan Indeks Harga Pengeluar AS yang masing-masing akan dikeluarkan pada Rabu dan Khamis.

\”Bagi Malaysia, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga 2024 akan diumumkan pada Jumaat dengan konsensus mengunjurkan pertumbuhan 5.3 peratus.

\”Sepanjang tempoh itu, kalangan pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed) akan berkongsi pandangan mereka mengenai ekonomi dan dasar terutamanya dalam konteks keputusan Pilihan Raya Presiden AS yang baru-baru ini dan pengaruhnya ke atas pendirian dasar monetari Fed,\” katanya.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, ringgit susut berbanding dolar AS kepada 4.3800/3850 daripada 4.3780/3835 minggu lepas.

Ringgit diniagakan lebih rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Bagaimanapun, mata wang tempatan meningkat berbanding euro, ditutup pada 4.7212/7266 pada Jumaat daripada 5.6502/6573 minggu lepas, dan rendah berbanding pound British kepada 5.6765/6830 daripada 5.6502/6573.

Unit domestik turun berbanding yen Jepun kepada 2.8763/8798 daripada 2.8652/8690 minggu lepas.

Ringgit juga didagangkan rendah kebanyakannya berbanding mata wang negara ASEAN.

Ringgit susut berbanding peso Filipina kepada 7.51/7.53 daripada 7.49/7.51 ketika ditutup minggu lepas, dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3149/3190 daripada 3.3054/3098.

Mata wang tempatan juga lemah berbanding rupiah Indonesia kepada 279.4/279.9 daripada 278.2/278.7 namun, tinggi berbanding baht Thailand kepada 12.8710/8925 daripada 12.9103/9322 sebelum ini.- Livevartha

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...