Home Ekonomi Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan menjelang pengumuman kadar AS
Ekonomi

Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan menjelang pengumuman kadar AS

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 14 Disember- Ringgit dijangka diniagakan dengan pendekatan berhati-hati berbanding dolar AS minggu depan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 17-18 Dis.

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan menjangkakan sentimen pasaran yang lemah apabila para pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

\”Jangkaan pasaran pada masa ini menunjukkan 96 peratus kemungkinan penurunan kadar 25 mata asas, dengan kurang daripada empat peratus menjangkakan kadar kekal tidak berubah,\” katanya kepada Bernama.

Bagi asas Jumaat-ke-Jumaat, ringgit susut berbanding dolar AS kepada 4.4475/4525 daripada 4.4170/4220 pada minggu sebelumnya.

Bagi minggu ini, mata wang tempatan diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.6632/6684 daripada 4.6719/6771 pada minggu sebelumnya, naik berbanding pound British kepada 5.6203/6266 daripada 5.6352/6416 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8987/9022 daripada 2.93649.

Bagaimanapun, unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain,

Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.2971/3011 daripada 3.2963/3002 pada minggu sebelumnya, susut berbanding baht Thailand kepada 13.0261/0472 daripada 12.9576/9784, meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 277.7/278.2 daripada 278.7/279.2 dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.60/7.62 daripada 7.65/7.66.- Livevartha

Related Articles

SKSB, Kopela lancar Bayar Jak, platform fintech Islam di Sarawak
Ekonomi

SKSB, Kopela lancar Bayar Jak, platform fintech Islam di Sarawak

PENGURUS Besar, Kumpulan Modal Insan, Bintulu Port Holdings Berhad, Herwan Ramelan (kiri...

Malaysia pilihan Snowflake perluas operasi di ASEAN
Ekonomi

Malaysia pilihan Snowflake perluas operasi di ASEAN

PETALING JAYA: Snowflake, syarikat pengkomputeran awan global, menjadikan Malaysia sebagai salah satu...

Cropmate rancang komersial baja ESG pada 2026
Ekonomi

Cropmate rancang komersial baja ESG pada 2026

LOGO Cropmate.KUALA LUMPUR: Cropmate Group Berhad (Cropmate) merancang untuk mengkomersialkan formula baja...

Saham Asia jatuh didorong perubahan dasar tarif
Ekonomi

Saham Asia jatuh didorong perubahan dasar tarif

DASAR tarif Rumah Putih mempengaruhi pasaran saham Asia pada Isnin. -APPETALING JAYA:...