Home Ekonomi Ringgit dijangka didagang dalam julat 4.42-4.43 berbanding Dolar AS minggu depan
Ekonomi

Ringgit dijangka didagang dalam julat 4.42-4.43 berbanding Dolar AS minggu depan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 7 Disember– Ringgit dijangka didagangkan dalam julat 4.42 hingga 4.43 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan dalam persekitaran sentimen berhati-hati dalam pasaran, kata seorang ahli ekonomi.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata berkata minggu depan, tumpuan akan diberikan kepada laporan indeks harga pengguna (IHP) AS pada Rabu.

“Ini boleh menjadi agak kritikal kerana minggu berikutnya Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) akan bermesyuarat untuk keputusan dasar monetari, oleh itu akan ada \”tempoh ‘blackout\” (kalangan ahli dan kakitangan bank Rizab Persekutuan (Fed) AS dilarang membuat sebarang kenyataan kepada orang ramai) dari 7 hingga 19 Disember,\” katanya kepada Bernama.

Afzanizam berkata mata data AS minggu ini telah menyokong penurunan kadar 25 mata asas dalam mesyuarat FOMC akan datang pada 17 hingga 18 Disember.

\”Ini telah diterjemahkan kepada sokongan selanjutnya kepada ringgit selepas pembetulan dolar US-ringgit berikutan berakhirnya pilihan raya Presiden AS pada 5 November lepas,\” katanya.

Dari segi perbandingan Jumaat hingga Jumaat pula menunjukkan prestasi ringgit meningkat berbanding dolar US kepada 4.4170/4220 daripada 4.4425/4495, seminggu lepas.

Bagi minggu ini, mata wang tempatan diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan melonjak berbanding euro kepada 4.6719/6771 daripada 4.6899/6973, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6352/6416 daripada 5.6384/6473, menokok berbanding yen Jepun kepada 2.9329/9364 daripada 2.9589/9638 ketika ditutup minggu lepas.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2963/3002 daripada 3.3146/3200, meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 278.7/279.2 daripada 280.2/280.8, bagaimanapun merosot berbanding baht Thailand kepada 12.9576/9784 daripada 12.9459/9738 dan menguncup berbanding peso Filipina kepada 7.65/7.66 daripada 7.58/7.59 sebelum ini.- Livevartha

Related Articles

Bateriku, RYDE EV jalin kerjasama percepat mobiliti elektrik
Ekonomi

Bateriku, RYDE EV jalin kerjasama percepat mobiliti elektrik

AZAROL Faizi (kiri) bersama Syed Ahmad Faiz pada majlis memeterai kerjasama strategik...

I-Berhad labur RM10j untuk sistem AI, infrastruktur robotik menjelang 2028
Ekonomi

I-Berhad labur RM10j untuk sistem AI, infrastruktur robotik menjelang 2028

LIM Kim Hong (kiri) pada majlis pengumuman komitmen awal I-Berhad sebanyak RM10...

Jangkaan kadar dividen KWSP perlu realistik – Pakar ekonomi
Ekonomi

Jangkaan kadar dividen KWSP perlu realistik – Pakar ekonomi

KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM18.31 bilion untuk suku pertama berakhir 31...

PMKS manfaat pendigitalan peruncitan, tingkat daya saing
Ekonomi

PMKS manfaat pendigitalan peruncitan, tingkat daya saing

PMKS menggunakan kemajuan teknologi digital untuk mempromosikan perniagaan mereka.PETALING JAYA: Pendigitalan dalam...