Home Ekonomi Ringgit dibuka tinggi susulan perbincangan meningkat mengenai dasar tarif Trump
Ekonomi

Ringgit dibuka tinggi susulan perbincangan meningkat mengenai dasar tarif Trump

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 27 Mac- Ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini dalam perbincangan pasaran yang meningkat mengenai impak daripada tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap ekonomi global, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Pada 8 pagi, ringgit berada pada 4.4275/4335 berbanding dolar AS, naik daripada 4.4280/4315 dicatatkan semalam.

“Pasangan dolar AS-ringgit dijangka berada pada RM4.42-RM4.44 berikutan peniaga dan pelabur bimbang mengenai impak daripada tarif AS terhadap ekonomi global,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tarif yang dikenakan oleh Presiden AS Donald Trump kembali menjadi tumpuan berikutan langkah terkininya untuk mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas import automotif ke AS.

“Langkah sedemikian dijangka menyebabkan kenaikan harga kenderaan yang dijual di AS sebanyak ribuan dolar AS. Mexico, Jepun, Korea Selatan, Kanada dan Jerman merupakan sumber import utama bagi sektor automotif AS,” katanya.

Dalam kemas kini berita terkini pagi ini, Trump berkata beliau bersedia untuk menurunkan tarif bagi mencapai perjanjian dengan syarikat induk TikTok dari China, ByteDance, untuk menjual aplikasi video pendek yang digunakan oleh 170 juta rakyat AS.

ByteDance mempunyai tarikh akhir pada 5 April untuk mencari pembeli bukan dari China bagi TikTok atau berdepan larangan AS atas alasan keselamatan negara.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding euro kepada 4.7560/7625 daripada 4.7805/7842 semalam, naik berbanding pound kepada 5.7013/7090 daripada 5.7161/7206 pada Rabu dan tinggi berbanding yen Jepun kepada 2.9428/9470 daripada 2.9498/9524 sebelum ini.

Pada masa yang sama, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.0102/0359 daripada 13.0277/0453 pada Rabu, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3009/3056 daripada 3.3104/3133 semalam dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 266.8/267.4 daripada 266.9/267.2 sebelum ini.

Bagaimanapun, ia hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.67/7.69 daripada 7.67/7.68 semasa ditutup semalam.- Livevartha

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...