Home Ekonomi Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar berikutan penurunan kadar Fed
Ekonomi

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar berikutan penurunan kadar Fed

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 8 November- Ringgit dibuka pada paras 4.38 berbanding dolar AS pada Jumaat selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas (bps) pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) semalam.

Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.3860/4100 berbanding dolar AS daripada 4.4020/4065 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Kadar Dana Fed kini berada dalam julat antara 4.50 peratus dan 4.75 peratus.

Sementara itu, hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh 10 tahun merosot sebanyak 11 bps kepada 4.31 peratus dan Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.55 peratus kepada 104.508 mata.

Beliau menjelaskan keputusan oleh Fed itu walaupun terdapat ketidaktentuan mengenai dasar bakal Presiden AS Donald Trump pada tahun depan, yang dilihat berpotensi menyebabkan inflasi.

“Fed menganggap pendirian dasar monetari semasanya sebagai ketat, memberi ruang kepada kemungkinan penurunan kadar faedah pada masa depan.

“Oleh itu, kita mungkin melihat ringgit mencatatkan aliran meningkat hari ini,” katanya kepada Bernama.

Ringgit rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding pound kepada 5.6943/7255 daripada 5.6821/6879 pada Khamis, susut berbanding yen Jepun kepada 2.8637/8795 daripada 2.8597/8629 dan rendah berbanding euro kepada 4.7347/7606 daripada 4.7317/7365 sebelum ini.

Mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.47/7.51 daripada 7.49/7.51 semalam dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 278.6/280.3 daripada 279.6/280.0 sebelum ini.

Bagaimanapun, ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3207/3394 daripada 3.3178/3216 semalam dan merosot berbanding baht Thailand kepada 12.8947/12.9767 daripada 12.8290/8492 sebelum ini.- Livevartha

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...