Home Ekonomi Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ekonomi

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 19 Disember- Ringgit diniagakan susut 0.4 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi urus niaga awal Khamis apabila Indeks Dolar AS terus melonjak kepada 108.142 mata susulan pengumuman Rizab Persekutuan AS mengurangkan Kadar Dana Fed sebanyak 25 mata asas, malam tadi.

Nilai ringgit bagaimanapun lebih mengukuh berbanding mata wang lain, termasuk unit di ASEAN.

Pada 8.03 pagi, ringgit di paras 4.4850/4925 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4725 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit-dolar AS kini menghampiri paras rintangan serta-merta pada RM4.5339 susulan pendirian Fed yang cenderung menaikkan kadar faedah dan mendorong permintaan untuk dolar AS.

\”Pasaran menumpukan unjuran bagi 2025 dengan Fed menjangkakan untuk mengurangkan 25 hingga 50 mata asas berbanding pengurangan 100 mata asas semasa ramalan September.

\”Tambahan pula, apa yang dipanggil kadar neutral juga dinaikkan kepada 3.0 peratus daripada 2.9 peratus. Bagaimanapun, pihak Fed masih berpendapat bahawa pendirian monetari sekarang terhad kepada aktiviti ekonomi,\” katanya kepada Bernama.

Pada masa sama, Mohd Afzanizam berkata Fed turut menganggap keseimbangan risiko antara pertumbuhan dan inflasi adalah sama.

“Fed mahu melakukan lebih banyak pengurangan namun masih perlu berhati-hati terhadap risiko inflasi. Mengulas pentadbiran Presiden dipilih Donald Trump 2.0, Pengerusi Fed mengakui tidak mengetahui maklumat berkaitan dan sukar mengambil kira situasi sedemikian dalam proses membuat keputusan.

“Berikutan itu, dolar AS masih menjadi keutamaan (pilihan) dan atas alasan ini ringgit berkemungkinan kekal rendah dalam masa terdekat ini,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan mengukuh berbanding mata wang utama lain, termasuk berbanding pound Britain kepada 5.6376/6471 daripada 5.6673/6743 semalam.

Ringgit juga meningkat berbanding euro kepada 4.6442/6520 daripada 4.6877/6934 dan naik berbanding yen Jepun kepada 2.8992/9044 daripada 2.9028/9059 sebelumnya.

Selain itu, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ini termasuk mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2903/2963 daripada 3.3045/3088 dan naik meningkat berbanding baht Thai kepada 12.9598/9916 daripada 13.0378/0618.

Ringgit bagaimanapun susut berbanding peso Filipina kepada 7.60/7.62 daripada 7.57/7.58 semalam dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 278.5/279.2 daripada 277.4/277.9. -Livevartha

Related Articles

Bateriku, RYDE EV jalin kerjasama percepat mobiliti elektrik
Ekonomi

Bateriku, RYDE EV jalin kerjasama percepat mobiliti elektrik

AZAROL Faizi (kiri) bersama Syed Ahmad Faiz pada majlis memeterai kerjasama strategik...

I-Berhad labur RM10j untuk sistem AI, infrastruktur robotik menjelang 2028
Ekonomi

I-Berhad labur RM10j untuk sistem AI, infrastruktur robotik menjelang 2028

LIM Kim Hong (kiri) pada majlis pengumuman komitmen awal I-Berhad sebanyak RM10...

Jangkaan kadar dividen KWSP perlu realistik – Pakar ekonomi
Ekonomi

Jangkaan kadar dividen KWSP perlu realistik – Pakar ekonomi

KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM18.31 bilion untuk suku pertama berakhir 31...

PMKS manfaat pendigitalan peruncitan, tingkat daya saing
Ekonomi

PMKS manfaat pendigitalan peruncitan, tingkat daya saing

PMKS menggunakan kemajuan teknologi digital untuk mempromosikan perniagaan mereka.PETALING JAYA: Pendigitalan dalam...