Home Ekonomi Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar AS
Ekonomi

Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar AS

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 31 Januari- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan meningkat sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam senario kenaikan Indeks Dolar AS dan data ekonomi yang kukuh terus menyokong mata wang negara maju itu, kata penganalisis.

Pada 8.00 pagi, ringgit mengukuh ke paras 4.3900/3975 berbanding dolar AS daripada 4.3905/3980 pada Selasa.

Pasaran ditutup pada Rabu dan Khamis sempena cuti Tahun Baharu Cina.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY meningkat kepada 108.169 mata susulan faktor data ekonomi yang kukuh selain ancaman peningkatan tarif ke atas Mexico, Kanada dan berkemungkinan China yang terus ketara.

“Memandangkan Rizab Persekutuan AS tidak berada dalam kedudukan untuk segera mengurangkan kadar faedah, DXY itu dijangka terus meningkat dan berikutan itu ringgit dijangka susut dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam bagaimanapun berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2025 AS berada pada 2.3 peratus berbanding 2.7 peratus.

Namun, katanya, teras utama pertumbuhan negara maju itu menyaksikan perbelanjaan pengguna berkembang kepada 4.2 peratus pada suku akhir 2024 selepas masing-masing merekodkan 2.8 peratus dan 3.7 peratus pada suku kedua dan ketiga.

\”Ini menunjukkan pengguna AS kekal berdaya tahan dalam pasaran tenaga kerja yang stabil. Selain itu, Tuntutan Pengangguran Awal susut lebih daripada jangkaan kepada 207,000 minggu lepas, berbanding jangkaan ramai sebanyak 224,000,\” katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ini termasuk ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.5643/5721 daripada 4.5819/5898, naik berbanding pound Britain kepada 5.4541/4635 daripada 5.4653/4746, namun rendah berbanding yen kepada 2.8484/8535 daripada 2.8242/8292

Ringgit bagaimanapun diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Berbanding dolar Singapura, ringgit mengukuh sedikit kepada 3.2463/2526 daripada 3.2481/2542 pada Selasa dan naik berbanding rupiah Indonesia pada 270.0/270.6 berbanding 271.5/272.0.

Namun ringgit susut berbanding baht Thailand kepada 13.0507/0839 daripada 12.9437/9727 pada Selasa dan rendah berbanding peso Filipina kepada 7.52/7.54 daripada 7.51/7.53. -Livevartha

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....