Home Ekonomi Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS, tawaran kerja AS susut
Ekonomi

Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS, tawaran kerja AS susut

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 30 Oktober– Ringgit memulakan dagangan Rabu dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas pengumuman data tawaran pekerjaan negara maju itu bagi September yang mencecah paras terendah dalam tempoh tiga setengah tahun.

Perkembangan itu sekali gus mengekalkan naratif terhadap pelaksanaan lebih banyak pengurangan kadar faedah di AS.

Pada pukul 8.03 pagi ini, ringgit mengukuh kepada 4.3675/3800 berbanding dolar AS daripada 4.3760/3810, semalam.

Kaji Selidik Tawaran Kerja dan Jumlah Tenaga Kerja AS (JOLTS) menunjukkan pengurangan sebanyak 418,000 tawaran kerja kepada 7.443 juta pada September – paras terendah sejak Januari 2021.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tawaran kerja itu jauh lebih rendah daripada jangkaan apabila mencatat 7.443 juta pada September berbanding jangkaan pasaran pada 7.98 juta dan 7.861 juta pada Ogos lepas.

“Selain itu, ringgit juga dijangka mendapat sokongan hari ini selepas menyaksikan aliran penyusutan untuk tempoh tertentu,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata penurunan data AS itu hanya meningkatkan lagi jangkaan bagi kemungkinan penurunan kadar faedah pada Disember ini yang boleh menyuntik sedikit kegembiraan bagi landskap pertukaran mata wang asing Asia.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama dunia.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8503/8586 daripada 2.8516/8550 pada akhir urus niaga semalam, mengukuh berbanding euro kepada 4.7265/7400 daripada 4.7344/7398 namun rendah berbanding pound Britain kepada 5.6839/7001 daripada 5.6805/6870.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang ASEAN.

Ini termasuk mengukuh berbanding rupiah Indonesia pada 276.9/277.8 daripada 277.4/277.9 semalam, naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2997/3094 daripada 3.3044/3084 dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.49/7.52 daripada 7.51/7.52, semalam.

Namun, ringgit susut berbanding baht Thailand kepada 12.9742/13.0171 daripada 12.9544/9746 sebelum ini.- Livevartha

Related Articles

Untung bersih JPG naik kepada RM75.9j pada suku pertama
Ekonomi

Untung bersih JPG naik kepada RM75.9j pada suku pertama

LEMBAGA Pengarah JPG telah mengisytiharkan dividen interim sebanyak 1.00 sen sesaham bagi...

Bursa Malaysia ditutup negatif, turun 15.61 mata
Ekonomi

Bursa Malaysia ditutup negatif, turun 15.61 mata

PETALING JAYA: Bursa Malaysia ditutup negatif pada 1,556.14 hari ini, susut 15.61...

PNB bayar agihan pendapatan RM14.5 bilion tahun lalu
Ekonomi

PNB bayar agihan pendapatan RM14.5 bilion tahun lalu

TAN SRI RAJA ARSHAD RAJA TUN UDAPETALING JAYA: Permodalan Nasional Berhad (PNB)...

Johor optimis catat nilai pelaburan lebih RM50 bilion akhir tahun ini
Ekonomi

Johor optimis catat nilai pelaburan lebih RM50 bilion akhir tahun ini

ONN HAFIZ GHAZI – Gambar failKUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Johor optimis mencatat...