Home Ekonomi Rapid KL On-Demand tambah tujuh zon baharu mulai 27 Mac
Ekonomi

Rapid KL On-Demand tambah tujuh zon baharu mulai 27 Mac

Foto Prasarana Malaysia Berhad

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Rapid Bus Sdn Bhd akan melancarkan tujuh zon operasi baharu bagi perkhidmatan Rapid KL On-Demand pada 27 Mac ini, bagi meningkatkan kesalinghubungan pengangkutan awam di Lembah Klang dan Putrajaya.

Antara zon baharu yang terlibat ialah Kampung Ampang Indah, Ampang Hilir, MRT Putrajaya Sentral, dan Desa Pinggiran Putra.

Perkhidmatan tersebut menggunakan aplikasi Trek Rides dan akan memberi akses kepada laluan yang bersambung dengan perkhidmatan tren serta lorong bas Jalan Ampang.

Sebelum ini, hanya lorong bas di Jalan Genting Kelang dan Jalan Klang Lama yang mempunyai akses kepada perkhidmatan itu.

Kini, semua pengguna lorong bas boleh menikmati kemudahan Rapid KL On-Demand bagi meneruskan perjalanan mereka.

Bagi pengguna di Putrajaya, aplikasi KUMMUTE akan menyediakan lebih banyak pilihan laluan ke destinasi yang dikehendaki, termasuk kawasan yang sebelum ini tidak mempunyai capaian perkhidmatan awam.

Langkah itu dijangka dapat meningkatkan kemudahan perjalanan serta memberikan lebih fleksibiliti kepada pengguna pengangkutan awam.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...