Home Ekonomi Rakuten Trade kekal unjuran FBM KLCI 1,730 mata
Ekonomi

Rakuten Trade kekal unjuran FBM KLCI 1,730 mata

Rakuten Trade Sdn. Bhd. mengekalkan unjuran bagi indeks utama FBM KLCI pada 1,730 mata bagi tahun ini / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Rakuten Trade Sdn. Bhd. mengekalkan unjuran bagi indeks utama FBM KLCI pada 1,730 mata bagi tahun ini, meskipun berlakunya penjajaran semula pasaran global susulan penyesuaian pelabur terhadap situasi di Wall Street.

Ketua Penyelidik Rakuten Trade, Kenny Yee berkata penjajaran semula dana dijangka berterusan sebagai langkah menghadapi sentimen pengurangan risiko.

Namun, beliau meramalkan aliran masuk semula dana ke pasaran dengan penilaian yang lebih munasabah, khususnya ke pasaran Asia.

“Dasar Trump yang tidak menentu, jika dilihat dari sudut positif, boleh dikatakan memberi kesan baik kepada pasaran global. Ini kerana ia secara tidak langsung mempercepatkan pembetulan yang diperlukan di Wall Street.

\”Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, pasaran saham Amerika Syarikat melonjak mendadak dan mencatat rekod baharu berkali-kali, namun kebanyakannya didorong oleh keterujaan melampau dalam kalangan pedagang,” katanya dalam talian pada Tinjauan Pasaran Suku Kedua 2025.

Beliau menambah, ketidaktentuan dasar Trump, penilaian semula ekuiti Amerika Syarikat, dan sentimen pelabur yang lebih berhati-hati turut mempengaruhi prestasi pasaran tempatan ketika ini.

Mengenai ringgit, Kenny menjelaskan mata wang tempatan juga sedang melalui fasa penyesuaian semula.

Berdasarkan perkembangan ekonomi Amerika Syarikat dan kemungkinan pengurangan kadar faedahnya, Rakuten Trade meramalkan ringgit kekal dalam julat RM4.20 hingga RM4.30 menjelang akhir tahun ini.

Related Articles

Peluasan SST dijangka kurangkan saiz perbelanjaan pengguna
Ekonomi

Peluasan SST dijangka kurangkan saiz perbelanjaan pengguna

PELUASAN cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan bermula 1 Julai ini....

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...