Home Ekonomi Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak, KL pengeksport utama pada Jun
Ekonomi

Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak, KL pengeksport utama pada Jun

Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak, KL pengeksport utama pada Jun

Kredit: Jabatan Perangkaan Malaysia

KUALA LUMPUR, 26 Julai(Livevartha) –Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur menguasai eksport Malaysia dengan menyumbang82.9 peratus kepada jumlah eksport pada Jun 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Jabatan itu menjelaskanMalaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM237.8 bilion pada Jun 2024 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM126.0 bilion dan RM111.8 bilion.

Ketua Perangkawan Datuk Seri DrMohd Uzir Mahidin berkataPulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 34.2 peratus, diikuti Johor (20.6 peratus), Selangor (17.3 peratus), Sarawak (6.5 peratus) dan Kuala Lumpur (4.2 peratus).

“Prestasi eksport mencatatkannilai RM126.0 bilion pada Jun 2024, meningkat sebanyak RM2.1 bilion atau 1.7 peratus daripada bulan yang sama tahun sebelumnya.

“Peningkatan itudipengaruhi oleh eksport yang lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (+RM2.0 bilion), Terengganu (+RM1.3 bilion),Perak (+RM767.0 juta), Selangor (+RM403.1 juta), Sarawak (+RM397.6 juta), Kedah (+RM337.0 juta), Kelantan (+RM122.1 juta) dan Johor (+RM112.2 juta),” katanya pada Jumaat.

Beliau berkata demikiandalam kenyataan mengenaiStatistik Eksport Import Mengikut Negeri Jun 2024 yang dikeluarkan hari ini.

Mohd Uzir berkatabagaimanapun, nilai eksport menurun di Labuan sebanyak RM1.7 bilion, Pahang (-RM1.2 bilion), Melaka (-RM312.0 juta), Negeri Sembilan (-RM206.7 juta), Sabah (-RM71.6 juta), Kuala Lumpur (-RM54.4 juta) dan Perlis (-RM23.6 juta).

Beliau berkataimport pada Jun 2024 meningkat RM16.9 bilion atau17.8 peratus kepada RM111.8 bilion berbandingbulan yang sama pada 2023.

Peningkatan import disebabkan oleh import yang lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu Johor (+RM4.6 bilion), Pulau Pinang (+RM4.1 bilion), Selangor (+RM3.3 bilion), Kedah (+RM2.3 bilion), Kuala Lumpur (+RM1.5 bilion), Negeri Sembilan (+RM1.2 bilion), Terengganu (+RM101.4 juta), Perlis (+RM82.3 juta) dan Kelantan (+RM36.6 juta), katanya.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....