Home Ekonomi Proton X70 2025 menambah sokongan Apple CarPlay
Ekonomi

Proton X70 2025 menambah sokongan Apple CarPlay

Proton X70 2025 menambah sokongan Apple CarPlay

PROTON X70 2025 kini tersedia untuk Apple Carplay.

PETALING JAYA: Proton mengumumkan ketersediaan Apple CarPlay untuk pemilik kereta X70 2025 dan terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama kenderaan utiliti sukan (SUV) premium di Malaysia.

Pembuat kereta nasional berkata, penambahan Apple CarPlay melalui kemas kini over-the-air (OTA) memberikan kemudahan tambahan kepada pengguna untuk menyambungkan telefon mudah alih mereka dengan unit infotainment kereta.

Katanya, Apple CarPlay akan diperkenalkan secara berperingkat melalui kemas kini OTA Proton memperkenalkan ciri sambungan Apple CarPlay kepada X70 2025 melalui kemas

kini OTA mulai daripada 16 Oktober 2024. 

“Bermula daripada tarikh ini, pemilik kereta akan menerima notifikasi OTA secara berperingkat dan mereka hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut untuk memuat turunnya ke dalam kenderaan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Proton berkata, dilancarkan pada 15 Ogos lalu, SUV terbaharu ini merupakan SUV segmen C yang mengalami jualan paling pantas di negara ini.

Model X70 mencatatkan jualan lebih daripada 100,000 unit sejak pelancarannya pada akhir tahun 2018.

Tambahnya, ia mendahului kelas SUV baru-baru ini dengan 1,466 unit terjual pada bulan September.

Sementara itu, Proton berkata, pihaknya telah melancarkan kempen Proton-Vaganza baru-baru ini yang berlangsung daripada 1 Oktober hingga 31 Disember 2024 untuk meraikan tahun yang berjaya dan sebagai penghargaan kepada sokongan pelanggan. 

Sepanjang tempoh ini, promosi khas dan rebat sehingga RM7,000 serta nilai trade-in sehingga RM1,800 di cawangan terpilih tersedia untuk mereka yang membeli Proton X70 2025.-UTUSAN

Related Articles

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif
Ekonomi

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji dijangka mampu mengumumkan kadar dividen yang kompetitif...

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan
Ekonomi

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan

PROSPEK sektor hartanah terus disokong oleh statistik yang lebih baik termasuk jumlah...

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital
Ekonomi

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital

PETALING JAYA: AEON Bank (M) Berhad (AEON Bank) mengumumkan pelancaran Pembiayaan Peribadi-i...

Ekonomi

Ketakutan ketinggalan punca belia berbelanja berlebihan

Sikap ingin memiliki sesuatu dengan segera dan takut ketinggalan menjadi faktor utama...